Thursday, August 28, 2014

Taklimat Khas Penguasa Kastam W41


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) malam tadi anjurkan Kursus Tips dan Panduan Menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41. So, stay dekat JKR sampai 6 lebih lepas tu naik tempat ibu makan semua dulu magrib kat ofis lepastu 7.30 turun tingkat 6. Sempat lah tengok Nur Ramadhan dekat you tube. Mula-mula lengang je. Makin lama makin ramai macam ulat bergelembik.




Kaunter pendaftaran. Lengang lagi masa ni tak ramai orang


Yang berdaftar ada 1000k untuk malam tu je


Yang datang dalam 900 gitu. Masa sampai ia2 je cop tempat paling depan sekali
Sekali orang berduyun-duyun datang sampai tak cukup tempat duduk
Siap tambah 5 saf kerusi lagi dekat depan. Ish3. Terus panjang leher
untuk tengok slide dekat depan.Semua pun yang duduk depan tinggi tinggi.
Memang kejap-kejap angkat dagu lah gamaknya



Siap ada yang bersila sebab tak cukup kerusi..sian..
Penceramah pun berdiri belakang pentas


Ni lah penceramahnya. Katanya lah
calon penguasa kastam 84k ++ , kekosongannya 245 tak silap
Ada rezeki ada lah ye dok..Exam 6/9/2014 ni. Study pun tak habis lagi


Tak cukup tempat dekat SPA, separuh lagi calon bergerak ke JPA
Kira ada 2 dewan lah untuk satu kursus yang sama


Siapa yang belum join tu jom lah join. Ada lagi sempat lagi
Lai Lai Lai .Sampai sabtu ni tak silap. Boleh lah tau cara
nak jawab exam online tu. Apa tips-tips dll.

Malam tu balik jam 10 lebih. Penuh gila parking sampai ke sisir jalan besar sana
Sampai rumah jam 10.30 gitu dan bermulalah rutin harian keesokan harinya macam biasa


Love,
Effy Syazwani


Monday, August 25, 2014

Penguasa Kastam W41


Rasanya baru beberapa hari lepas membebel pasal exam PTD dekat  SINI dah dekat, tup tup hari ahad semalam 3.24 pagi dapat email dari peperiksaan@spa.gov.my untuk memasuki exam online bagi jawatan penguasa kastam W41. Dalam mamai-mamai  jam 3 pagi tu pandang je handphone terkelip-kelip mata tak ada perasaan lepas tu apa lagi..tarik selimut selubung sambung tidur.Tak de koje der dapat email  terus semangat  bangun study. Harapan sangattt kannnnnn



Dengar cerita  berpuluh-puluh ribu calon untuk penguasa kastam ni.
Harap-harap bila sampai hari nantinya nanti server tak hang lah
Nama pun puluh ribu online dalam masa yang sama."geleng kepala"


Hah, sedar-sedar diri sikit ..hari ni dah 25 Ogos.Lagi 11 hari ok. Siapa tak sedar diri lagi tu hantuk kepala kat dinding banyak kali sambil cakap SEDARLAH SEDARLAH.=) Baru buat nota sikit-sikit tinggal nak baca . Ada nota senang sikit, nanti depan laptop, tengok je kalau tak tahu. Namapun exam online kan.Tu lah kelebihannya. Ibu, ayah adik kakak semua kene ada dekat belakang PC jawab sama-sama. Macammmm sempattt pulak kannnnn  =(



Nota tentang sistem pemerintahan kerajaan Malaysia. 
Dewan Rakyat Dewan Negara berapa ahli??
Apa nama 3 buah badan dalam pemerintahan kerajaan Malaysia??
Dalam badan kehakiman ada berapa Mahkamah?
Oii ternganga kalau tak tau ni..=(


Nama-nama menteri kabinet pun kene tau jugak.
Senang cerita semua pun kene tau dari A sampai Z





Sukan SEA


 NKRA (National Key Result Area)
ataupun Bidang Keberhasilan Utama Negara
ada 6 teras ok. Pergi bukak buku cepat baca.


RMK 1 sampailah RMK yang sekarang.
Popular jugak soalan ni.



Sejarah Malaysia kene lah ambil tahu sikit-sikit
Janji ada pengetahuan tentang sejarah Malaysia.


Dasar Pembangunan Malaysia pun kene tau juga
Macam DPN,dasar penswastaan,perindustrian dll
senang cerita khatamkan buku Malaysia Kita
Kalau tak ada klik www.google.com
Taip dekat situ 1 Klik .Keluar lah portal PMR
Bukan PMR tingkatan 3 tu..nononono
Tapi.Pusat Maklumat Rakyat

SEMOGA BERJAYA CALON PENGUASA KASTAM


Love,
Effy Syazwani



Friday, August 22, 2014

Exam PTD dekat dah !!!

Bulan September 2014 ni exam PTD yer kawan-kawan ..Siapa yang apply tu dah boleh dah selak-selak buku, baca main-main dulu sementara ada masa lagi sebulan lebih.. Eh kejap sekarang 22 Ogos 2014.. Oiii tak sampai sebulan pun rupanya..Ok, jangan main-main. Dah boleh mula serius dengan buku Malaysia Kita. Tapi, tu lah anak-anak muda zaman sekarang ni seminggu nak exam baru bukak buku. Tak pun esoknya exam baru berhempas pulas tak tidur malam. He he he. Macam kene sangat dekat diri sendiri. Tapi betul lah, lagi afdhal baca last minute sebab masa tu lah semua yang dibaca masuk dalam kepala tersemat erat dalam otak. Kan Kan Kan???




Sesiapa yang apply jawatan PTD tu boleh lah cek nama dekat laman web SPA samada melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan ataupun tidak. Lepas dah cek tu apa lagi..Nak exam kan. Buat lah nota, selak lah buku. Kalau pandang je buku tu x masuk dalam kepala der isi-isinya. Cakap orang je lebih diri sendiri pun tak mula lagi. Ish ish ish, bukan apa. Bila nak mula study je kejap-kejap call masuk, kejap-kejap bos panggil. So apa boleh buat. Tak kan nak cakap, " Bos jangan lah kacau saya..saya nak exam ni " .Ish idok boleh gitu dong. Nampakkkkk..Kukuh dan konkritnya alasan tu






 Hari ni bos cuti, jadi bolehlah baca sikit-sikit. insap oiii insap. 
Ingat soalan kacang ke? Susah sangat kene tau semuanya dari A-Z
Dari hal kecik ke hal besar.semuanya kene tahu..


Buku Malaysia Kita ni lah buku berhantu.Sebab apa?
Sebab bila bukak je automatik mengantuk tersengguk-sengguk.
Baru baca seperenggan ayat ni, dah menguap macam burung flamingo
Macam ada magik gitu dalam buku tu..He he He he he
Apa-apa pun Good Luck bagi yang ambil exam PTD tak lama lagi !



Love, 
Effy Syazwani
\


Open House "Sepang"


15 Ogos 2014 (sabtu)  baru-baru ni, bos ibu buat open house dekat rumahnya di Sepang. 6.30 pm gerak dari rumah ke SPA dulu sebab nak follow van..tak tau jalan ler apa lagi. Jadinya solat magrib dulu dekat surau  SPA lepastu terus gerak. dalam 1 jam juga lah perjalanan nak ke sepang tu. Jauh ooo. Jalan pusing-pusing. Nasiblah malam, tak lah rasa sangat jalan tu bengkang bengkok. Sebelum gerak, haruslah kita ambil gambar buat kenang-kenangan di hari tua. Nanti dah tua pakai tongkat boleh bukak balik blog ni tengok balik sebab kalau simpan je gambar dalam memory handphone , alamatnya tak kekal lah gambar tu. he he he




Ibu


Ayah dan Ibu


Ayah, Ija dan ibu
semuapun pakaian warna biyu biyu =)))


Banyak sangat menu open house rumah Tan Sri..Ada nasi campur macam-macam lauk sampai melilau mata nak makan. Ada laksa, ada rojak buah ada buah ada kuih ada macam-macam lah. Paling best sate dia. Oiiiii lembut gila sate tu  oiiiiii ibarat baru nak masuk mulut dah cair sate tu dalam mulut. hehehe. Makan panas2 baru lepas masak..Kuah kacang pun sedap terbaik..Ish menyesal tak makan banyak-banyak.








Bergambar beramai-ramai dengan Tan Sri dan Puan Sri
Tahun depan buat open house lagi nanti bolehlah kami datang lagi..
Tapi tahun depan nak bawak tupperware nak tapau sate sedap terbaik tu 











Gitu lah ceritanya..Malam tu dalam 9 lebih bertolak balik ke Cheras. Esoknya pula ke Rawang. Open House lagi ler.Tu pun menu sedap terbaik..Makan tak cukup sepinggan. Jom layan gambar malam tu sampai muak.




















Love, 
Effy Syazwani



Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails