Thursday, November 26, 2009

fight u back !!


aku baru saja habis membaca post yang ija buat..amboi2..mentang2 dah celik IT sikit,dah pandai yer..ok sekarang mari kita membalas dendam....apa ada dengan ija???

1) time masak sama2,dia suka elakkan diri kalau aku suruh lumurkan kunyit kat ikan...
katanya,"ala,ija baru buat haritu,habis lah kuku nanti jadi kuning"..dia tipu.
sejak aku cuti sem ni dan kene masak bersama2 dengan dia sekali je dia pegang
kunyit..last2,dengan terpaksa aku juga yang kene berhadapan dengan si kuning
*kunyit*.

2) time lipat kain sama2.dia suka lambat2kan masa.bila kain dah tinggal lagi
sikit,baru dia tolong..perkara ni terjadi semalam..waktu tu jam 12.30pm..kami
di bawah sedang makan dan dia cakap,"jom lipat baju lepasni.."bila dah naik atas,
dia kata"jap eh,ija nak pergi sidai baju"..aku mulakan dulu..last2 dah nak habis
kain ku lipat ija muncul sambil tersengih...huh..alasan

3) bila aku ada di rumah,pada hari isnin hingga jumaat,dalam jam 2 ke 3 wajib ada
panggilan masuk..siapa lagi kalau bukan si lampir ija tu..apa lagi nak suruh aku
jemput dari sekolah lah...adoyai.aku tengah seronok tengok cerita best2 ija pula
suruh jemput.x boleh jadi ni..aku pun mengenakan syarat..syaratnya,mesti ada
sesuatu untukku bersemangat menjemputnya.hahaha,teruk juga aku ni.

4) bila aku kat segamat sana,kerjanya..miscall je..call x nak..kedekut kredit betul,
aku lah yang banyak menghabiskan kredit untuknya.kalau cakap sekejap tak pe,ni
selagi tak cecah 40 minit x sah..ada je cerita dia bawa..nasib baik cerita tu hot

ok tiga perkara ni la yang sering dia minta,tapi sekarang x adalah dia suruh jemput dari sekolah.kan sekarang holiday...:)aku pun dah dekat rumah..bukan dekan hutan belantara tu *segamat*

apa yang aku lihat.ija yang sebenar ialah seorang yang>>>>

~always cool bila apa2 jadi
~HPK!!(x sampai hati nak tulis penuh)
~happy n nice person
~perangai yg x waras selalu muncul
~dah mula minat novel ust like me..selalunya novel2 ku tu hanya dibaca muka depan ,
tengah n belakang..jawapan yang pasti..ha,novel ni lah dia gila sekarang
~selalu bawa cerita2 terkini..pasal siapa,x boleh diberitahu
~takut kan bugs macam kumbang n lipas..padahal kecil je..menjerit je lebih..
sebenarnya aku pun sama..hahaha..kalau kumbang penyelamatnya siapa lagi eashra lah..
kalau lipas,ayah dan ibu lah penyelamatnya..nak harapkan yang lain,menjerit2 kalau
nampak termasuklah afif n dalila tu..
~uup...ha,apa benda ni..dia selalu soal..aku dah tau jawapannya..
~dia ni kuat makan juga..tapi yg peliknya,badan tu x ubah macam papan..
~lagi satu,kalau dia dah masuk bilik air mandi,mak ai...lama nyer.. padahal yang lain
tengah beratur..
~dia ni baru pandai it..hahahahaha...dulu buta it..
~BTW,dia baik la,kami selalu berketawa bersama2..

sebenarnya banyak lagi nak diceritakan,tapi nanti penuh sangat pula..esok pagi2 dah kena balik kampung..malasnya...tapi nak buat macamana..dah ayah suruh...ikut je la..harap2 sekejap je balik kampung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails