Friday, December 11, 2009

Alhamdulillah



Alhamdulillah..ini lah ungkapan yang berkali2 aku ucapkan.Semalam setelah jenuh menunggu web uitm buka.Aku tutup dan beri peluang pada kakak ku untuk menggunakan laptop.Aku ke bilik untuk tidur.

Baru langkah kaki masuk bilik kakak ku memanggil.Katanya,student portal dah boleh buka.Dengan pantasnya,aku ke bilik sebelah.Perasaan aku ketika tu,hanya Dia tahu.Takut sangat sebab aku dapat mesej dari kawan.Katanya dia repeat Eco.ya,aku akui,Eco cukup susah.Dalam hati,aku memohon agar aku lulus tanpa perlu repeat paper.

Mula-mula,aku cekkan result kawanku dulu.Diri sendiri menggigil walaupun itu bukan result ku.Alhamdulillah,result kawanku itu ok,tak ada yang kena repeat.Tiba masa ku kini.Setelah masukkan id dan ic,aku memarahi kakak ku kerana dia nak click submit.HAHAHA.Kalau macamni bila nak tau nyer.Aku mengambil masa 5 minit untuk betul2 bersedia.

Akhirnya,result di depan mataku.Juga didepan mata adik dan kakak ku.Alhamdulillah,happy sangat bila aku tak kena repeat paper dan pointer agak meningkat dari sem lepas.Walaupun tak dapat gelaran DL,aku tetap bersyukur.Ya,sangat bersyukur.

Usahaku selama ini terbalas.Rasa berbaloi aku tak tidur malam study sampaikan mata ku seperti zombie tak cukup tidur.sampai kini,belum hilang.Malam tu,sebelum tidur,aku hantar mesej kepada ibu yang berada di bilik bawah.hahaha.Pagi tadi aku terima mesej.

" TAHNIAH & SYABAS untuk anak mama.I LOVE U " >> dari ibu
" Tahniah dapat pointer tinggi,nanti ayah belanja" >> dari ayah

Sebenarnya,banyak lagi mesej ku terima,tapi dua mesej ini yang amat ku nantikan.
Buat ibu ayah dan kakak ku Eashra,walaupun tak dapat Dl,aku berjanji akan cuba dapatkannya untuk sem akan datang.Aku sudah buat yang terbaik.Harap ibu dan ayah happy dengan result tu.Buat kawan2 seperjuangan ku,tahniah sebab dapat result yang membanggakan.Bagi yang kurang ok,usaha lagi,korang boleh sebenarnya cuma malas.Buat kakak ku,Dalila.Walaupun result ku tak seperti kamu yang mendapat 4 flat,adikmu ini akan cuba dan terus mencuba.Apa2 pun,adik mu ini tumpang happy bila kamu dapat 4 flat.Sukar nak percaya,tapi,kamu sudah membuktikannya.Tahniah lagi sekali.Buat adikku,ija dan afif.Kamu berdua belajar lah bersungguh2.Jangan hampakan harapan ibu dan ayah juga kami semua.Ija,tahun depan dah SPM,kakak mu ini bangga denganmu sebab kamu dah mula study untuk subjek SPM. Kakak mu ini percaya dan sangat percaya yang kamu akan berjaya dengan cemerlang.Buktikan lah pada kami semua yang kamu boleh.

Ucapan terima kasih aku tujukan terutama buat keluarga tersayang,umi,kak julia,kak aleya,kawan2 dan semua yang sudi mendoakan kejayaan ku.Sungguh,aku amat sayangkan kamu semua.Alhamdulillah.Terima kasih YA ALLAH.

p/s: Buat kawan blog yang asyik menanyakan samada aku dan ija kembar.Aduhai,jenuh mahu menjawab.Kami tidak kembar.Effy kakak dan Ija adik. Sudah tentu muka lebih kurang sebab kami adik beradik.

9 comments:

  1. kakak effa uitm jgk ye.lg pandai dpt 4 flat.bole la mnx tips dr dye.hehe,

    ReplyDelete
  2. tahniah sis..study more to get more..;)

    ReplyDelete
  3. assila : effy lah assila bukan effa..hahaha..x lah..dia bukan uitm..tp dental nurse under SPA..mintak tips..hehehe

    shah naz: thanks shah naz..yup..kena stdy hard next sem..:)

    ReplyDelete
  4. tahniah both...
    dpt 3 keatas dh ok la tu...
    hehe

    ReplyDelete
  5. beshnya dpt cek on9 apsal la mktb pon x wat gitu jenuh nk tunggu

    ReplyDelete
  6. tahniah...bkn senang nk dpt 3 ke atas nie...

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk anda.......semoga teruskan usaha melangkah kejayaan ms hadapan dgn gigih lagi

    ReplyDelete
  8. imheppi: la..yeker..ajukan la cadangan kat pengarah sana..:)

    yanmie:thanks..x la..kalau rajin mesti boleh..yang pasti kena cuba..cuba dan terus mencuba..:)

    mia-ina:thanks jugak..yup..akan terus berusaha!!hahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails