Tuesday, December 8, 2009

Hagemaru vs Badang




Entah kenapa tiba-tiba nak menulis tentang dua watak kartun ni.Sebenarnya,ada sebab aku buat macamni.Ya,setiap apa yang aku lakukan semuanya bersebab.Setelah apa yang terjadi sebelum ni,dia memberikan badang kepada aku untuk aku terus kuat.Tapi aku membantah kerana padaku,lebih baik ambil hagemaru daripada badang.Kemudian katanya,"janganlah jadi badang tu sebab akak rasa dia mesti x hensem, tapi ambiklah kekuatan dia. Akak yakin pada efy & akak tak harap efy kecewakan akak... ".Bila baca,rasa macam nak terketawa ada juga.Masalahnya,boleh pulak aku nak ambik macam tu je.Betul ke badang tu kuat yer? Aku sendiri tak tau dan tak pernah tengok cerita dia.Yang aku tau,kalau nama seseorang tu badang,tentu dia kuat dan gagah.

Hagemaru.Walaupun kamu tak tercalon,tapi aku tetap sukakan kamu.Bukan aku seorang saja,adikku,Afif juga suka.Lagi2 bila sampai part perangai kedekut tu.Aku selalu tengok cerita hagemaru berdua dengan Afif.(Aku ni cakap macam hagemaru tu wujud je,macam dia baca je blog ni.hahaha).Akak,Hagemaru juga ada kelebihan dia sendiri tau.Tengok lah,dia selalu ceria,tak pernah berduka.Cuma perangai kedekut dia je susah nak ubah.Yelah,kalau dah family dia perangai macamtu,anak dia tentu ikut.

Oleh itu,kesimpulannya di sini,aku ingin jadi seperti kedua-dua watak kartun ni.Sorang kuat,gagah perkasa, dan yang sorang lagi ceria dan tak pernah berduka.Yang buruk tak perlu lah ambil.Ok apa.Buat kakak yang amat ku sayangi,lagi sekali ingin aku memberitahu kepadamu,aku yakin pada diriku ini dan aku tak akan mengecewakan kamu.Walaupun kadang-kadang rasa nak jatuh tu ada.Itu janjiku padamu.

~merepek je semua ni kan kak.Ala,biarlah orang nak kata apa,diaorang bukan tahu apa yang berlaku.Cukuplah Hanya Dia Tahu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails