Tuesday, December 8, 2009

ketulusan hati


"Sedihku,sakitku kuterima...
Ku rela..ku pasrah jalanku...
Ini suratan, aku dicuba demi rahmatMu ku memohon ...
Ya Allah, redhai ketulusan hati...
Ya Allah, beri aku ketabahan...
Ya Allah, aku sanggup brkrban demi rhmatmu Ya Allah...
Didunia yg sarat godaan, ku mohon dosaku ampunkan...
Ingin bahagia dunia akhirat...
Turunkan rahmatMu untukku..."


Suka sangat dengan lirik lagu Marshanda ni.Tak tahu kenapa,macam ada sesuatu dengan lirik ni..Tadi,aku dapat sekali lagi nasihat daripada dia. Katanya, dia nak aku betul-betul kotakan apa yang aku tulis. Sudah tentu. Percayalah kakak ku. Saya tidak pernah menipu mu. Tapi,ia tidak akan berlaku dengan serta merta.Sampai kini,aku masih cuba dan terus mencuba untuk melupakannya. Macam-macam cara dah buat,dengan menyibukkan diri bermain game dekat facebook,tengok tv,baca novel..tapi susah sangat lah.Sebab tu ketulusan hati amat diperlukan.

Tadi juga,aku sempat ber"chat" sekejap dengan dia tak sampai 5 minit kot. Akak,effy tak pernah salahkan akak.Effy percaya ada hikmah disebalik semua ni.Kenapa akak cakap macamtu tadi.Effy pula yang rasa bersalah.Ok,perasaan sedih dan terasa seperti ingin menangis sudah menjelma. Ayuh effy,ingatkan hagemaru atau perkara yang akan membuatkan kamu ketawa..Diri sendiri rasa musykil kenapa mesti ingatkan hagemaru.hahaha..Tengok,dah ketawa.Harap maaf,kadang-kadang kita perlu berbuat begini untuk menggembirakan hati sendiri.Tadi juga ada satu soalan yang diajukan kepadaku yang buat aku tidak mampu nak berkata apa-apa.Dua kali dia bertanya,tanganku jadi keras untuk menaip. Sudahnya aku cuba mengubah topik dan mencari alasan untuk dia tidak bertanya lagi. Bukan niatku untuk berbuat sedemikian. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu apa jawapan yang harus aku cakap.Harap-harap dia tak perasan tentang tu. Soalan apa? Tidak perlulah kamu semua tahu.

Kenapa ye tangan ni asyik lenguh je sekarang? Ambil masa yang lama betul untuk menaip.Dah macam orang tua dah. Tu lah,bila Eashra dan Dalila pesan minum anlene
untuk kuatkan tulang,aku tak nak.Ni lah jadinya.(marahkan diri sendiri).Minat pula aku susu tu. Lain lah kalau neslo ke,milo ke,sedap sikit. Ni anlene.hahaha. Kalau aku minum tu,keajaiban tu.Pertama kali seumur hidup.Hari ni kena tidur awal.Walaupun aku ni susah nak tidur,sebab selalunya kalau jam 12 dekat katil.jam 3 baru terlelap.Lama betul ambil masa,tapi kita kena cuba,cuba dan terus mencuba kerana Allah sayangkan orang yang berusaha. Tengok,tersebut lagi ayat dia. Barangkali rindukan dia ni.haha.Oh ya,gambar di atas tu ditujukan khas buat dia. Terima kasih kerana telah banyak membantu aku selama ini.Ok lah,selamat malam semua,juga Selamat malam buat "kakak" yang amat aku sayangi.Sekali lagi,seperti biasa akan aku ulangi.Malam sudah tentu selamat,kita yang mungkin tak terselamat,jadi berdoalah sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails