Monday, December 7, 2009

cuba dan terus mencuba



Tadi,rasanya baru jam 12.Tak sangka masa berjalan pantas sangat.Dalam tak sedar dah jam 3.30 pagi rupanya.Semua yang lain dah diulit mimpi.Aku ni je yang masih terkebil-kebil.Esok tengoklah,mata aku tentu jadi mata zombie yang tak cukup tidur.Macam-macam nama dah orang bagi,mata katak lah,mata perompak lah,mata panda lah.Kalau dekat Segamat tu,lain lah.Banyak assignment yang nak kena submit.Tidur lewat pun tak apa.Tapi,sekarang ni,assignment pun tak ada.tapi tidur lambat juga.Kenapa ye susah sangat nak tidur.Mungkin ada sesuatu yang masih berlegar-legar dalam kepala.Ya,banyak sangat benda yang nak difikirkan.Entahlah,susah nak cakap.Mungkin betul kata dia,aku kena lupakan apa yang terjadi.Tiada siapa yang boleh bantu kecuali diri sendiri.Bangunlah Effy...Aku kan kuat.Kuat?Betul ke,diri sendiri susah nak percaya.Entahlah,Untuk melupakannya,mungkin mengambil masa yang lama."Cuba dan terus mencuba kerana Allah sayangkan orang yang berusaha".Ya,ayat ini lah yang akan aku ingat sampai bila-bila.Banyak lagi sebenarnya.Tapi.tak perlu la nak sebut semuanya.Untuk melupakan kesedihan marilah kita melihat kehijauan tumbuhan ataupun tengok hagemaru.tapi,dah malam lah.takut pula nak turun bawah,nak tengok tv pula tak ada geng nak berketawa..

Sebenarnya,banyak sangat nak diceritakan..Ya,terlalu banyak.Tapi,rasa malas nak menaip.Dah naik lenguh dah tangan ni.Apa-apa pun,aku cuma nak dia tahu yang aku sayangkan dia.Aku sudah mengganggapnya seperti kakak.Dia sangat baik.Terlalu baik kepada ku.Dia juga mirip seseorang..seseorang yang telah lama tiada di dunia ni.Mungkin sebab ini aku menjadi rapat bila bersama dia.Sekiranya dia membaca blog ku ini.percayalah..aku akan terus bangun,menerima segala takdir,sentiasa berfikir ke arah masa hadapan,akan melupakan segala bayang-bayang,dan akan menguburkan kesedihan sedalam yang aku mampu.Aku percaya,kalau dia sedang membaca apa yang aku tuliskan,tentu dia juga minta perkara yang sama untuk aku lakukan.Agak-agaknya kan dia baca ke?Mustahil lah.Aku bukanlah sesiapa jika nak dibandingkan dengan dia.

bagaimanapun,orang selalu tanya benda yang sama.aku sendiri jenuh nak menjawabnya.
kawan2 facebook tu,banyak hantar mesej."effy.awak ok ke?rileks la,apa yang jadi".lebih kurang macamni lah ayatnya dan jawapan yang selalu saya berikan saya ok. Apa-apa pun terima kasih sebab ambil berat."Saya ok"..Ya,perkataan untuk menyedapkan hati mereka walaupun hakikatnya hati berkata lain.Betul lah kata orang,mulut boleh menipu,tetapi hati tidak.~~Patutlah mata semakin kuyu.dah jam 4.15 pagi.Sekejap lagi,ibu bangun lah ni.ok lah..cukup sampai disini..selamat malam. Malam sudah tentu selamat,kita ni yang mungkin tak selamat.Jadi.bacalah doa sebelum tidur.

2 comments:

  1. salam..sdih btol tngok efy skrg ni..neway,mmg ssh kn nk lupe kn bnde yg sdih..jgn ptus asa..ingt Allah slalu..family always ad d sisi..smue ni mmg kne amek mse..bia mse yg tentu kn..bersabar..insyaallah smue ok nnti..

    ReplyDelete
  2. knp pulak nak sedih..tuan punya badan ok jer...kita kena kuat macam hagemaru!!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails