Thursday, December 31, 2009

Detik 12 malam


eh2.Hari ni dah 31 Dec rupanya.Maknanya lagi 9 jam kot nak masuk 2010.Cepat kan masa berlalu.Achoom!!beri peluang padaku untuk bersin sebentar..HAHA..Saat tangan menaip,hidungku ini berair..aduhai,seksa nya seseme..Tahun 2009..Terlalu banyak kenangan dan juga pengalaman.Yang pastinya,semua tu telah membuatkan aku menjadi seorang insan yang lebih tabah..Banyak sangat perkara yang terjadi..Terlalu banyak.Ada yang gembira..ada juga yang sedih..Tapi..itulah lumrah hidup..Tak lengkap la hidup kalau tak ada dugaan kan.

Tak mungkin juga aku boleh menghadapi semuanya jika tiada orang di sisi ku..Terima kasih tak terhingga buat mereka yang sudi berdiri dibelakangku.Yang sanggup menahan aku daripada jatuh terlentang ke belakang (Eh,ayat apakah ini?HAHAHA).Buat Tentu ibu dan ayahku,adik beradik,umi,kak julia,kak aleya,guru2 dan juga kawan2 ku semua..terima kasih semua.Aku beruntung kerana mempunyai kalian..

Dah tercapai ke azam 2009? masih ada beberapa jam lagi untuk dicapaikan.HAHAHA.tentu semua orang mempunyai azam masing2 untuk tahun 2010 ni. Begitu juga aku..Terlalu banyak azamku untuk tahun akan datang.Panjang lebar entri ni kalau aku senaraikan..Di kesempatan ini,ingin aku memohon maaf kepada semua yang mengenali diriku ini..jika ada salah dan silapku kepada kamu semua. Mungkin hal itu terjadi tanpa kusedari.Tiada siapa yg tahu.kecuali HANYA DIA TAHU.

Monday, December 28, 2009

Jadual kelas sudah berada di tanganku.



Lamanya tak jenguk blog sendiri. Ditinggalkan begitu sahaja. Maklumlah kebelakangan ni,macam2 perkara terjadi hingga tiada masa nak mengupdate..Berfacebook boleh pulak.HAHAHA..Tadi login student portal,buka course timetable.Sekali boleh pula..Selalunya tak boleh.Jadual kelasku sem depan bagiku best sangat.Kelasku semuanya disebelah pagi,kecuali hari khamis.Start dari 8 pagi sampai 6 petang ada kelas.Aduhai,tepu otak macamni.Itulah namanya belajar.Tidak kenal erti masa.Hurm..sem ni aku bawa 5 subjek..MGT 300,FIN 262,LAW 251,BMD 151,dan juga MKT 310.

Walaupun nampak je sikit..tapi,cabangnyer,isi dalam nyer..amboi..bukan main lagi.mengalahkan novel..Harap2 aku boleh bawa subjek ni..Ya,aku cukup takutkan law dan fin.Aku memang tak suka subjek mengira dari dulu lagi.Aku lebih suka membaca.tapi....masalahnya,aku x suka membaca dan menghafal fakta !!! tu lah kelemahanku.Tapi,aku percaya pada satu benda..SELAGI RESTU IBU DAN AYAH BERSAMAKU, AKU TENTU BOLEH..

Saturday, December 26, 2009

2hb,tarikh tu akan menjelma jua


Termenung kini..tadi baru lepas tengok calendar..hari ni 26 dec..satu..dua..tiga......tujuh..urm..rupanya lagi seminggu masaku berada di rumah..cepat betul masa berjalan kan.rasa2nya baru je nak mula cuti sem.Inilah perasaan yang selalu ada bagi pelajar2 U..tentu rasa tak puas bercuti..Aku punya perasaan..lagilah.bercampur2..rasa gembira sebab dapat jumpa kawan2 balik..rasa sedih sebab nanti rutin harian dah bertukar..rasa takut sebab subjek part 4 orang kata killer..aduhai,takut sangat.Oh tak boleh.jangan berfikiran negatif.."kalau orang lain boleh,kenapa aku tak boleh?"kata2 ni akan ku sematkan dalam hati..

Nampaknye,lepas ni tiada lagi kartun2 di TV,tiada lagi main2..tiada lagi NOVEL!!ibu dah kata awal2..masuk sem..no novel..tak ke sedih mendengarnya??dah la sedang menunggu kemunculan novel seseorang bulan 1 ni..urm.lepas ni dah tak boleh nak tidur lambat,kena bangun cepat pergi kelas..harap2 tak banyak kelas pagi..aku memang susah nak bangun pagi.bukan apa..air dekat sana..amboi..sejuk bukan main..maklumlah,segamat terkenal dengan hutan.facebook dah tak boleh layan.sebab tu sekarang aku hanya bela prawn n crab je kat happy aquarium..tak payah bagi makan..

Start dari 4hb..aku kena belajar..belajar dan terus belajar..menghadap assingment sepanjang masa..Sem depan dah tak nak main2 lagi..yang pastinya,sudah tentu aku nak naikkan pointer..Tak mahu hancurkan harapan mereka yang amat kusayangi..aku tau,doa2 mereka sentiasa mengiringiku di sana..2hb,tarikh tu akan menjelma jua nanti..


Di suatu petang




Shaun the sheep..best oh cite ni..tak pernah miss satu episod pun..lepastu cerita Fairly odd Parents,Jimmy neutron,GBS,Kapten Boleh,Hagemaru,fukuchan..Kit vs Kat..Selalu tunggu depan Tv bila cerita ni...kelakar sangat.Paling suka dengan watak shaun tu..buat orang ketawa tak berhenti2.HAHAHA..Urm.tadi tengok cerita Shaun The Sheep ni sambil makan laksa..Tersedak2 lah juga dibuatnya.Nasib baik ada vitagen disebelah..Tanpa disedari..la,dah kosong pinggan rupanya sebab leka tengok kartun..Macam budak2 jer.HAHA..


urm..sedapnya..HAHA..jeles tak tengok..bagi yang tengah kebulur mesti terliur kan..urm,petang tadi tolong ibu masak laksa..saya lah yang asingkan isi ikan dan tulang..ija tak buat pun..blander je.huh.pemalas dia tu..seperiuk besar ibu buat tinggal suku..perencah tambahan macam bawang,timun,limau nipis,cili,salad memang kitaorang jarang buat sebab tak ada siapa yang minat.nanti jawabnye ke tong sampah lah..kebetulan tadi nenek dan sepupu belah ayah datang..air vitagen..urm..sedap..sehingga ke titisan akhir..wajib diminum sambil makan..dekat rumah,stok vitagen,solivite,nutrigen,"feel fresh" or "peel fresh",(x tau mana ejaan yg betul..)diwajibkan ada dalam fridge..Ntah kenapa msti post kan cerita ni..Saja suka2..:)

Friday, December 25, 2009

Selsema Menyerangku...

TAK SUKA SELSEMA TAK SUKA!!!

aduhai..seksa nya macamni..
bersin-bersin dah berjuta kali..
tuala dah basah dengan hingus..
siap boleh perah dah..
hidung dah merah..
macam warna darah..
HAHA..amboi.pekatnya..
sebab asyik kesat dengan tuala..
tak selesanya rasa..
rasa nak tarik hidung ni..
eh,bukan..nak cabut je rasanya..
tapi tak boleh lah kan..
nanti tak ada hidung apa pulak rupanya..

AcHooM!!!AcHooM!!AcHoom!!
aduhai..gatalnyer hidungku..
ubat sudahku makan...
mataku semakin kuyu..
aku semakin layu dibuai lagu..
di dalam bilik takat beku..
sudahnya....
aku mahu beradu..
selamat malam semua kawan2ku..

~rasa musykil, kenapa msti akhir dengan bunyi "ku"~

Wednesday, December 23, 2009

Menjawab tag dr kak Liyana

1. Bekas kekasih saya:
effy: ex??urm..tidak punya kekasih lorh..:)
ija: oh..tak ada pon..

2. Saya sedang mendengar:
effy: bunyi air paip di tandas..
ija: bunyi jam di dinding

3. Mungkin saya patut:
effy: tidur sekarang juga.dah pukul 4 pagi ni..
ija: pergi bercuti kot..HAHAHA

4. Saya suka:
effy: novel,novel dan novel..
ija: apa yang orang lain tak suka..

5. Sahabat-sahabat baik saya:
effy: ramai sangat sampai tak tertaip la..
ija: kenalan rapat..tak kisahlah..

6. Saya tak faham:
effy: kenapa cuti sem sekejap sangat..2hb dah nak balik U ma...
ija: kenapa kita dah boleh agak ending cerita kat TV..

7. Saya kehilangan:
effy: seseorang yang telah tiada di dunia ini..
ija: masa kanak2

8. Ramai yg berkata:
effy: "perangai kau ni tak berubah dari dulu sampai sekarang"
ija: adina!!

9. Makna nama saya:
effy: "effysyazwani"..aduhai..apa yer..sekejap..tanya ibu..:)
ija: ntahlah..tak tahu..ibu letak nama pelik2..

10. Cinta itu adalah:
effy: C.I.N.T.A..???
ija: menakjubkan kot...

11. Di satu tempat seseorang sedang:
effy: memandang apa yg saya taip..hehe..ija lah tu..
ija: berfikir sesuatu..

12. Saya akan cuba:
effy: Dapatkan result yang baik untuk part 4..
ija: buat apa yg orang lain x dapat buat..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
effy: Forever n ever...Kekal sampai bila2
ija: sesuatu yg berakhir...

14. Telefon bimbit saya:
effy: samsung hitam la..tahun depan mahu tukar baru..haha
ija: sony ericson oren nipis..

15. Bila saya terjaga dari tidur:
effy: panjangkan lagi alarm 30 minit,tarik comforter..apa lagi..smbung tido la..
ija: alhamdulillah..hidup lagi..:)

16. Saya paling meluat bila:
effy: orang hisap rokok sebelah saya.ish..rasa nak tampar je..
ija: ----------------------------

17. Pesta/parti adalah:
effy: tmpat orang2 berkumpul..eiu..tak minat..sosial sangat.
ija: reunion orang tersayang

18. Haiwan paling comel yg pernah saya jumpa:
effy: kambing dalam citer shaun the sheep..HAHA
ija: Chipmunk kot..ALVIN

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
effy: mstilah 15-17 tahun..tak nak masuk 20!!nampak tua sangat..
ija: sekarang dan selamanya..

20. Hari ini:
effy: hari sabtu lorh...huh..
ija: saya tidur lambat..

21. Malam ini saya akan:
effy: apa lagi..facebook la..dah bosan sambung baca novel..
ija: curi2 makan kat dapur..

22. Esok pula saya akan:
effy: buat muka simpati ajak ibu dengan ayah jalan2..
ija: tak rancang lagi lah..

23. Saya betul2 inginkan:
effy: nak duduk kolej nilam balik..tak suka kolej baiduri!!harap UPK dengar
ija: ketenangan time form5

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi tadi:
effy: alamak..mataku sudah seperti panda..tak cukup tidur...
ija: eh...samalah dengan ayat atas..

25. Pusat membeli belah atau arked permainan:
effy: hurm..membeli belah kot..bermain bukan ada faedah pon...baik beli novel..
ija: dua2 tak suka..duk rumah tidur lagi best..

26. Makanan barat atau jepun:
effy: tak mau la..nak makanan timur..x minat makanan jepun..sushi..eiu!!
ija: masakan ibu lah..barat sikitlah..

27. Bilik yang terang atau gelap:
effy: mstilah gelap..tapi kat u,x dapat de.rumet takut gelap..terpaksa buka lampu..
ija: dua2 diperlukan la...adoyai..

28. Makanan segera adalah:
effy: megi..keropok..HAHA..laci di U sentiasa penuh dengan makanan segera..
ija: makanan yang kena makan dengan cepat2..

29. Ayat terakhir yang anda kata pada seseorang:
effy: "awalnyer nak tidur"..kata kat ija..
ija:maat taufiq wan najah..

30. Siapa yang anda mahu tag:
liyana izzati
aiki~syaqa
nadrah
ecahkhobut
emma
alin
lyla soraya
kak lya
kak nawar
kak aleya

Berjalan-jalan
















Semalam,lepas balik dari "suatu tempat" ibu ajak pergi Carefour.Sebab stok jualan penghabisan..Lagipun time ni,afif tak ikut.Apa lagi,bukan senang dapat peluang macamni.Pergi sana bukan nak cari apa pun.Saja berjalan2 menghabiskan duit.Tiba-tiba ija panggil aku,"eh,pergilah jumpa kawan kau liyana tu".Mencari2 juga lah mana liyana.Ingatkan ija tipu,rupa2nya betul..Mula2 liyana tak perasan,aku jerit lah panggil dia..

Maka di situ,bertemu lah kami.HAHA.Macam bertahun2 tak pernah jumpa.Padahal rumah dekat je.Tak sampai 5 minit kot.liyana kawan sekolah teknik ku.Rumah dekat,dorm sama,kelas sama,kos sama..Lepastu,tak lama lepas aku jadi outsider,dia pun jadi.Sibuk je dia tu kan.HAHA.Eh,tapi dia banyak berbakti lah dulu.Pagi2 kalau hujan turun,aku tumpang kereta dia.Jauh tu nak pergi sek.Balik sekolah pula,selalu balik naik Rapid KL dengan dia.Kadang2 tu,Tasha pun ikut.Agaknya,kalau dia tak ada,mahu juga aku terkapai2.

Bila zaman persekolahan dah habis.semua kawan2 dah tak jumpa,bukan liyana sorang,kawan2 lain pun sama.Yelah,masing2 dah sambung belajar.Ada yang dah pegang diploma,ijazah,yang bekerja pun ada..hurm..Rindu sangat rasanya nak masuk sekolah balik..Rindu dengan suasana persekolahan..Tulah.dulu tak sabar sangat nak habis sekolah..Konon nya,bosan asyik pakai uniform..Sekarang bila dah dekat U,rasa nak sekolah pulak..itulah lumrah hidup..:)

Bersama Family

~effy syazwani,eashra edzrin,adina shamiza~

~hanya bertiga..kakak ku dalila tiada~

~satu2 nya adik lelaki ku..afif zafri~

~ayahanda dan bonda tersayang~

Akhirnya..Dapat juga peluang aku nak mengupdate blog.Selalunya effy je lah..Dia tu memang,rakan kongsi yang lupa daratan.HAHAHA..Nak share story ni.Hari apa ntah,ibu ajak makan luar sebab ibu malas masak.kami berenam je lah pergi. sebab kakak ku dalila tak ada,dia dekat Rawang,ada project paper yang kena siapkan...Horey Horey jugak lah.Kalau tak kereta penuh.HAHAHA.Jalan2 cari makan di ALIF BISTRO..sedap tau makanan kat sana..Tu lah antara pic yg diambil dekat ALIF BISTRO..

Dah puas makan,ibu tanya.Nak pergi mana??Tak sempat nak cakap,Effy apa lagi..tersengih2 ajak ibu pergi jusco dengan muka simpati dia tu.Huh.apa lagi kalau bukan NOVEL..Dia tu memang.HANTU NOVEL .Ibu dengan ayah turutkan je.Ala,lagipun bukan jauh.Belakang rumah je jusco tu..Maklumlah rumah strategik.JJ,Econsave,NSK,Mines,Carefour.Semua tu dekat dengan rumah.Jalan kaki pun boleh..HAHAHA..Sangat rugi kakak ku Dalila tiada..Tak pe,next time pergi sama2 ok.

Korang tau tak,sepuluh buku tu RM 179.Paling mahal buku biru tu lah."39 clues" nak dekat RM40 dah.Tapi cerita dia best tau.Beli lah..HAHAHA.promote pulak.Effy lah,main ambik je novel yang berkenan di hati.Mana yang belum jd koleksi dia,novel tu lah yg dicapai..8 sekali.haih..Aku n afif satu buku jer..Nasib baik ibu sangat baik hati sudi membayar.
Thanks ibu n ayah sebab sudi bawak kami keluar.





Thursday, December 17, 2009

Terima Kasih




Post kali ni ditujukan buat lecturer-lecturer ku..
Sebenarnya semalam Mazni mesej minta no lecturer..
Baru aku ingat yang aku belum ucapkan terima kasih..
Aduhai..teruk betul kan..sampai boleh lupa..
  • Puan Diana Mazan (Macroeconomics)
  • Miss Nur Adilah (Business Communication)
  • Pm Shukri Shamsuddin (Statistic)
  • En.Ainol Hasanal (Mandarin)
  • Sir James Kuna (Bel)
  • Ustaz Kamarulzaman (Ctu)
  • En.Hisham (Ko Pengurusan Acara)
Baru kejap tadi dah mesej lecturer,tapi tak semua lah
sebab banyak lecturer tak bagi no phone...
sebab tu kena buat post ni.HAHA.macamlah mereka tengok..
Tak kisah lah..janji niatku ikhlas..
Buat lecturer2 ku,terima kasih sebab sudi mengajarku
selama satu sem ni..dan terima kasih sebab bagi grade
exam yang ok lah bagiku..jasamu semua akan ku kenang..

" TERIMA KASIH LECTURER "

macam pelik je kan.HAHA..kalau terima kasih cikgu sedap sikit..
Ala,tak kisah lah..HAHAHA..
Buat kawan2 yang belum ucapkan terima kasih..
Buatlah sedemikian dengan segera..Tanpa lecturer,tak mungkin
korang semua dapat result yang bagus2..

Bintang







Ada apa yer dengan bintang ni sebenarnya??Apa kata korang pergi tinjau sekejap dekat langit tu..EH.tak perlu lah.Dah lewat sangat,nanti lain pulak yang nampak.Entiti suka malam2 ni..HAHAHA.Ingat balik zaman sekolah dulu.Sebelum stay up dekat bilik bacaan,time nak turun tangga,mesti ajak kawan mendongak tengok langit.Masing2 kata "Wah,lawanyer star tu."Serentak pulak tu cakap.Tapi,dekat Segamat jarang lah nampak bintang,sebab asyik hujan jer.Selalunya,bila dah bosan study,mesti keluar bilik pergi tinjau bintang.Tak tahu kenapa,tapi seronok sangat bila tengok bintang tu berkelip2. Rasa nak capai je semua tu,kumpul dalam satu botol.Mesti lawa kan.Tapi,mustahil lah.Percayalah,bila korang tengok bintang kan,rasa tenang sangat,hilang semua kesedihan,masalah yang ada.Dah tu,macamana kalau hujan?Tak dapat tengok bintang.Sebab tu lah,sy ada bintang sendiri..




SEE!!!cute sangat kan.Mungkin biasa bagi korang,tapi tak bagi sy.GLOW IN THE DARK ni.Bila lampu dah terpadam,nampak bintang2 menyala.Dapat bayangkan tak.Ala,cantiknyer,walaupun tu bukan star yang sebenar.Ala,tak sabar nak tutup lampu.Aduhai,cara cakap macam dia sorang je ada.HAHAHA

~tak tahu kenapa mesti post kan cerita tentang star.Mungkin sebab tadi kot.Sebab apa??Oh,tidak perlu untuk bertanya.Esok agaknye,kalau ija tengok blog,nampak sy buat post baru,mesti dia marah.HAHAHA.Dia selalu marah.Katanya,sy ni rakan kongsi blog yang lupa daratan sebab selalu kongka blog.Benarkah??dah pukul berapa ni.Kenapa mata segar ni?Barangkali tadi dah puas tidur.Oh,tak boleh,tak boleh.Kena paksa diri untuk tidur ni.Selamat malam semua.Malam sudah tentu selamat,kita ni je yang mungkin tak terselamat.jadinya,berdoalah sebelum tidur..

Monday, December 14, 2009

THE AMAZING NONI (mesti baca) !!!








Hi semua..Post kali ni lain sikit.Kitaorang nak mempromosikan satu makanan tambahan yang dikenali sebagai NONI @ MENGKUDU.

Gambar atas tu contoh yang real.Saudara sendiri yang kena.gambar yang belakang badan tu,sebenarnya mula2 jadi sebab bisul,tapi dia biarkan sampai dah teruk macamtu.Kitaorang pun terkejut sangat bila tengok.Lagipun dia ada penyakit kencing manis yang dah mencecah peringkat paling tinggi.Benda ni memang boleh membahayakan kandungannya.Semua tu jadi time raya lepas(2009).Kebetulan,ayah baru mencuba produk noni tu.Nak tahu berkesan ke tak,ayah cuba dekat dia.Mula2 kesannya pedih dekat tempat luka tu.tapi dalam masa 3 minggu,luka tu dah bercantum balik macam kesan jahitan.Tapi,syaratnya kena terus gunakannya.Sekarang,alhamdulillah,baru-baru ni,7/12/2009 dapat call dari dia.Katanya,ubat tu berkesan dan dia nak teruskan pakai.

Gambar kedua,tu berlaku dekat adik sendiri(afif).Dia kena cacar air haritu.Sebab main dekat semak samun time balik kampung.Banyak sangat bubble tu dekat kaki afif.Jumpa doktor dia bagi ubat krim je.Tapi,kesannya tak ketara.Masih ada lagi.Lepastu,ayah try letak NONI tu dekat tempat yang pecah tu.Dalam masa seminggu,dah elok.Cuma parut yang tinggal.

Yang ketiga berlaku dekat rakan blog sendiri(ija).Dia ni pagi2 asyik selsema sampaikan berkali2 bersin.Lebih kurang macam resdung lah.Lepastu,ibu suruh ija try makan NONI tu setiap malam b4 tidur.Mula2 dia memang tak suka sebab rasanya masam macam air asam.Tapi,dah lama guna dia dah biasa.Kesannya sampai kini,ija dah tak lagi bersin2 setiap pagi.Tak ada lah lagi dengar dia memekak.

Yang keempat,berlaku dekat nenek sendiri.Dia ni biasalah orang tua,pendengaran pun dah kurang.Sampaikan susah kalau nak bercakap dengan dia dalam fon.Sebab tak dengar.Lepastu,ayah dan ibu syorkan NONI.Caranya amat mudah .Hanya letakkan 3 titik dekat dalam telinganya.Dalam 3 hari,pendengarannya dah semakin baik sampaikan ada satu tu,time dalam kereta.Ibu dengan ayah berbisik,tau2 dia boleh dengar.Selalunya,tak,diam jer..

Sebenarnya banyak lagi contoh,tapi jenuh nak bercerita.Noni ni boleh digunakan untuk bermacam2 penyakit.contohnya:
> Tekanan darah tinggi dan rendah
> Buasir
> Kencing manis
> Sakit puan
> Reumatisme
> Sakit jantung
> Lumpuh
> Asma atau lelah
> Sakit buah pinggang
> Insomnia
> Resdung
> Anemia(kurang darah)
> Mandul
> Kulit sensetif(jerawat)
> Gastrik
> Sembelit
> Gout DLL

Tapi kesan tindak balas tentu ada.Ikut penyakit.Sebenarnya,tujuan kitaorang yang utama hanyalah untuk membantu mereka2 yang mungkin ada masalah seperti di atas.Bagi yang tiada harapan untuk pulih,Tak salah mencuba NONI ni.Seriously,korang boleh elok.Insya-ALLAH,cubalah dulu.Sebab kebanyakan yang dah guna,semua menunjukkan hasil yang positif.Sampaikan berkotak2 diorang mintak lagi.Kami sekeluarga sekarang masih menggunakan NONI ni.

p/s: kepada sesiapa yang rasa2 nak tau lebih lanjut,sila tinggalkan komen anda.Ya,mungkin korang susah nak percaya.Tapi,percayalah..tak salah mencuba.Bukan niat kami untuk menipu,cuma kami hanya mahu membantu mereka yang memerlukan.Eloklah bertindak sebelum terlambat.

Sunday, December 13, 2009

Kamu sangat bermakna




Post kali ini khas buat umi yang amat aku sayangi.Lama tak nampak umi online.Mana menghilang umi??Effy hantar mesej tak berbalas.Tau tak,effy dengan ija fikir apa?jangan ditanya.Macam-macam kami fikirkan.Yelah,selalunya kalau effy atau ija online,nampak jugak la umi kat ruangan chat tu.Ni dah berapa minggu tak nampak.Tanya Syaqa dia pun diam jer.Dalam hati,mungkin ada sesuatu berlaku.

Baru kejap tadi,online facebook.Nampak suami umi.Terus tanya dia.Dia kata umi busy mark paper SPM.Yeke??Dalam hati mungkin betul dan ada sesuatu lagi yang mungkin effy dengan ija tak tahu.Effy ingat lagi last word yang effy terima dari umi,umi kata " umi..cian umi..ish ish ".Lepastu effy tanya kenapa terus tak berjawab.

Rasanya,apa yang cikgu-cikgu cakapkan dekat sekolah dulu betul lah.Bukan effy je tau fikir macamtu,ija pun sama.Hurm..ntah lah,tak tau nak cakap apa.Mungkin Umi tak nak effy dengan ija tau kot.Kalau lah umi baca post ni,effy dan ija nak umi tahu yang kami berdua sentiasa mendoakan kesejahteraan umi.Harap-harap umi sentiasa sihat.Apa-apa pun,jaga diri baik-baik sebab umi amat bermakna buat effy dengan ija.Sayang umi..

Friday, December 11, 2009

Alhamdulillah



Alhamdulillah..ini lah ungkapan yang berkali2 aku ucapkan.Semalam setelah jenuh menunggu web uitm buka.Aku tutup dan beri peluang pada kakak ku untuk menggunakan laptop.Aku ke bilik untuk tidur.

Baru langkah kaki masuk bilik kakak ku memanggil.Katanya,student portal dah boleh buka.Dengan pantasnya,aku ke bilik sebelah.Perasaan aku ketika tu,hanya Dia tahu.Takut sangat sebab aku dapat mesej dari kawan.Katanya dia repeat Eco.ya,aku akui,Eco cukup susah.Dalam hati,aku memohon agar aku lulus tanpa perlu repeat paper.

Mula-mula,aku cekkan result kawanku dulu.Diri sendiri menggigil walaupun itu bukan result ku.Alhamdulillah,result kawanku itu ok,tak ada yang kena repeat.Tiba masa ku kini.Setelah masukkan id dan ic,aku memarahi kakak ku kerana dia nak click submit.HAHAHA.Kalau macamni bila nak tau nyer.Aku mengambil masa 5 minit untuk betul2 bersedia.

Akhirnya,result di depan mataku.Juga didepan mata adik dan kakak ku.Alhamdulillah,happy sangat bila aku tak kena repeat paper dan pointer agak meningkat dari sem lepas.Walaupun tak dapat gelaran DL,aku tetap bersyukur.Ya,sangat bersyukur.

Usahaku selama ini terbalas.Rasa berbaloi aku tak tidur malam study sampaikan mata ku seperti zombie tak cukup tidur.sampai kini,belum hilang.Malam tu,sebelum tidur,aku hantar mesej kepada ibu yang berada di bilik bawah.hahaha.Pagi tadi aku terima mesej.

" TAHNIAH & SYABAS untuk anak mama.I LOVE U " >> dari ibu
" Tahniah dapat pointer tinggi,nanti ayah belanja" >> dari ayah

Sebenarnya,banyak lagi mesej ku terima,tapi dua mesej ini yang amat ku nantikan.
Buat ibu ayah dan kakak ku Eashra,walaupun tak dapat Dl,aku berjanji akan cuba dapatkannya untuk sem akan datang.Aku sudah buat yang terbaik.Harap ibu dan ayah happy dengan result tu.Buat kawan2 seperjuangan ku,tahniah sebab dapat result yang membanggakan.Bagi yang kurang ok,usaha lagi,korang boleh sebenarnya cuma malas.Buat kakak ku,Dalila.Walaupun result ku tak seperti kamu yang mendapat 4 flat,adikmu ini akan cuba dan terus mencuba.Apa2 pun,adik mu ini tumpang happy bila kamu dapat 4 flat.Sukar nak percaya,tapi,kamu sudah membuktikannya.Tahniah lagi sekali.Buat adikku,ija dan afif.Kamu berdua belajar lah bersungguh2.Jangan hampakan harapan ibu dan ayah juga kami semua.Ija,tahun depan dah SPM,kakak mu ini bangga denganmu sebab kamu dah mula study untuk subjek SPM. Kakak mu ini percaya dan sangat percaya yang kamu akan berjaya dengan cemerlang.Buktikan lah pada kami semua yang kamu boleh.

Ucapan terima kasih aku tujukan terutama buat keluarga tersayang,umi,kak julia,kak aleya,kawan2 dan semua yang sudi mendoakan kejayaan ku.Sungguh,aku amat sayangkan kamu semua.Alhamdulillah.Terima kasih YA ALLAH.

p/s: Buat kawan blog yang asyik menanyakan samada aku dan ija kembar.Aduhai,jenuh mahu menjawab.Kami tidak kembar.Effy kakak dan Ija adik. Sudah tentu muka lebih kurang sebab kami adik beradik.

Thursday, December 10, 2009

hanya mampu menunggu




Penatlah macamni..Berjam2 duduk depan laptop menunggu untuk login student portal.

> berjuta kali tangan ni click refresh
> macam2 perasaan ada
> dari tadi tak dapat masuk student portal
> pulak tu,dapat banyak mesej."Effy,cane??"
> kawan2 ku,aku sendiri tak dapat tengok lagi
> tadi dapat tahu ada kawanku yang kene repeat paper ECO n BEL
> perasaan takut dah muncul sebab aku buat BEL salah format
> takut repeat ECO.Hampir semua cakap susah haritu
> risau sangat2.tolong lah jangan ada yang repeat
> kawan2 ku yang meminta bantuan untuk cek kan result,sory
> internet down sangat,esok je lah gayanya
> esok pagi aku cek kan untuk korang semua ok
> aku tak kisah dapat berapa pun,janji jangan ada paper repeat
> dah tu,laptop buat hal,nak buka tak boleh.
> daftar claz lagi,cek timetable,subsidi,kolej..aduhai..
> bila tengok yang lain dah dapat result,takutnyer.dah parkinson
> ada kawan aku yang ok,ada tak ok.Aku macamana lah agaknyer??
> hanya mampu berserah.Aku dah buat yang terbaik.

Aku,..Bihun...&Ayam Goreng.....



Al kisah...tersebutlah kisah...
sang kancil datang beramai-ramai menghadap....
sultan firaun.......
MANA FIRAUN PAKAI SULTAN!!!!!!!!!!!!!!!!..........

hahahha.....ingat lagi tak syair yang ajis,sudin dan ramli bacakan....kelakar betul...
hmmmm....sebenarnya nak citer......

kita imbas balik........
semalam time tengah masak...tekak tetibe ija rasa nak makan ayam goreng...so,cadang la dekat effy buat ayam goreng...lauk pun tak banyak..so....jadilah masak ayam..

time ija nak makan betul tinggal 5 ketul...besarnya macam sabun yang dibelah tengah...memang kecik...yang ija tahu afif yang sedia maklum makan banyak dan effy tak makan lagi...hmmmmm...mesti untuk afif 2 ketul...so,tinggal 3 ketul...ija nak ambik 2 or satu je......hmmmm....mungkin bukan rezeki makan ayam banyak...ija ambik 1 ketul dan secubit daging ayam yang kutinggalkan untuk efy....


hmmmmm.....nak dijadikan cerita petang tadi sekali laga ija rasa nak makan ayam goreng...tapi lauk dah cukup banyak..tak mungkin nak tambah sajian....tapi....

............TAK SALAH MENYIMPAN HARAPAN.....................

macam biasa ibu balik dari kerja...so....memang tak salah......ibu suruh effy salin AYAM GORENG yg ibu beli kat office.....alhamdulillah....merasa dapat makan ayam...besar pulak tu....sorang 1 ketul.....


malam tu nampak ibu keluarkan ayam yg dipotong kecil untuk sarapan esok...dalam hati..."mesti ibu buat bihun esok..."so...sekali lagi ija simpan harapan...padahal main2 jer....

pagi tu...entah kenapa cepat pulak bangun...riang menuju dapur dengan harapan bihun jadi sarapan....

............TAK SALAH MENYIMPAN HARAPAN.....................

memang bihun sarapan pada pagi itu.....mungkin kebetulan saje......apepun hehehehe....best jugak dapat apa yang diharap....


p/s....tak salah harapkan sesuatu yang belum pasti...yang penting kalau termakbul semestinya harus bersyukur dengan nikmat-NYA...sebab apa yang berlaku dekat dunia nie...kalau dengan izin-NYA....insyaallah pasti...TERMAKBUL......
Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails