Friday, February 19, 2010

"lebih enak dimakan begitu saja"

post kali ni,mari kita bercerita tentang sardin..
ada apa dengan sardin??
"siapa tau,angkat tangan"
of course la ada ikan sardin kan..
itu pun tak tau ke??
ha,tengok pic bawah ni..




selalunya kan,b4 balik ke Segamat..
saya selalu beli satu tin sardin..
bukan nak masak atau apa..
makan mentah2 lah..
tapi,semua rumet2 x suka...
"ewwwwwwwwww"
tu la ayat yang selalu keluar dari mulut mereka
sedap lah..eii,nak je ketuk kepala diorang!!!
ntah kenapa diorang anti betul..

satu family ok jer makan sardin begitu saja
masih sihat walafiat lagi..
malam semalam..kul 3 pagi tak silap..
sibuk berborak2 dengan ija..
pastu terasa lapar..
lauk2 semua dah masuk dalam fridge..
nampak pulak tin sardin.
apa lagi,bukak dan makan..
nyum..nyum...sedapnyer..

LEBIH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA
{ayuh semua..sambil makan sambil menyanyi }

makanan sesedap ni boleh diorang kata ewwwww
huh..tak ada citarasa betul...
bagi yang belum mencuba..
baik cuba sebelum kamu semua dicubakan???
selamat menjamu selera



11 comments:

  1. ezan pernah cuba makan camtu je..tp tak bley la effy..nak termuntah..hanyir baunyer...nak kena masak jgk..lainla kalu nak makan ngan sandwich..bley la..tu pun nak kena campur gak nag perahan asam limau nipis n bbawang n lada..nyummy...

    ReplyDelete
  2. hahaha..ezan x biasa kot...tapi bagi effy x hanyir pun..huhu..sedap je kot..bau lavendr..hahaha

    ReplyDelete
  3. hah blh ker mkn mcm tu
    rasa mcm ena tak blh nak msk la

    ReplyDelete
  4. tu la,,sebab tak biase mkn camtu..selalu plg simple pn tumis jgk bawang then bru campur sardin..mkn panas2 la kirenye..ms masuk hutan aritu pn dibekalkan sardin..tp ms tu dibekalkan mastin..ezan panaskan sardin dlm mastin tu..susah jgk nak masuk perut sebab hanyir tp pk nak gna tenaga...makan jgk la..

    ReplyDelete
  5. betl la..... enak dimakan begitu sahaja..

    kenapa lak org nak geli? huh!

    ReplyDelete
  6. Artikel di bawah telah dipetik daripada sebuah email dan tidak dapat dipastikan kebenarannya. Jika anda mempunyai info yang berkaitan, sila kongsikan untuk makluman rakan-rakan yang lain..

    “Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

    Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

    Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

    Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

    Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

    Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

    Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

    ReplyDelete
  7. sambungan....

    Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

    Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

    Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

    ReplyDelete
  8. to effy,

    kak mia dilarang doktor menyentuh makanan bertin sardin wp sesekali rs teringin gak..setahun kak mia cuba...agar penyakit sendi rawan yg kak mia hadapi saat ini tidak menular teruk...alhamdulillah, ok

    just berkongsi..ada someone emel akak ms akak tgh sarat sakit ttg emel panjang2...

    :-)...tp dulu, mmg sedap makan mcm effy buat la...cuma,jgn selalu amalkan ye effy....ia seakan maggie lak..ble teringat pesanan emel2...

    ReplyDelete
  9. zh-ena: boleh jer la..try2...huhu.tapi rasanya pas baca emel bawah tu,msti da x nak try kan..:)

    ezan:oh yeker...msti best kan g kem camtu...:)anggap je bau dia macam ayam goreng..huhuhu

    seimura:yeay!!!!ada geng...huhu

    kak mia: la..yeke...x tau pun b4 ni..hehe..thanks bg info...

    ReplyDelete
  10. hm...
    bahaya rupenyer sardin tin nie...
    ni info apa berlaku kpd wanita...
    kalo lelaki????

    ReplyDelete
  11. sedap ea fy..aku x tau lak...
    selama ni aku mkn yg masak..
    nanti aku cbe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails