Saturday, March 13, 2010

"Kisah paling seram- geng blogger"

saya tahu saya agak ketinggalan dalam dunia GENG BLOGGER..ini adalah kerana kesibukan dan ketiadaan masa kerana kesemuanya di isi dengan assignment2 juga test2..Tadi berjalan2 ke geng blogger dan ternampak satu contest anjuran GB sendiri..iaitu ceritakan tentang kisah seram yang bukan direka2..Tujuan utama saya bercerita bukan untuk menang,tapi..hanya mahu berkongsi pengalaman dengan kawan2 GB..

Biar saya menceritakan serba sedikit kisah seram yang terjadi pada diri saya sendiri ketika saya bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR (SMTKL)..Sewaktu saya berada di tingkatan 4. Saya menetap di asrama, yang lebih dikenali sebagai ASPURI..Tiada apa yang aneh sewaktu saya berada di Dorm Anggerik, tingkat bawah sekali, Tetapi,apabila naik ke form 5, saya dicampakkan ke Dorm Melur iaitu di tingkat atas sekali..

Asrama, kalau dah namanya asrama, tak sah kalau tak wujudnya cerita seram..Dah banyak cerita saya dengar,ada benda bertenggek di atas loker, bunyi2 mengilai, pelajar ternampak benda di toilet.Semua tu bagaikan dah lali dengar.Makhluk2 halus ini lebih suka mengganggu lagi2 ketika minggu exam..maklumlah ramai yang stay-up hingga ke pagi..Apa yang terjadi pada saya, bila time exam, setiap pagi, muka saya akan penuh dengan kesan2 cakaran yang halus....Pada awalnya, saya hanya membiarkan sahaja kerana mungkin itu kesan dari kuku saya yang panjang dan saya mengigau hingga mencakar muka sendiri..tapi entah kenapa..apabila bangun sahaja dari tidur keesokan harinya, kesan cakaran itu semakin banyak dan penuh di satu muka..Luka-luka muka saya.Pedihnya tak terkata sewaktu membasahkan muka dengan air..

Di dalam kelas, ramai cikgu2 yang bertanyakan,kenapa dengan muka saya..Jawapan yang saya selalu berikan ialah,"saya pun tak tahu cikgu,bangun2 je dah ada.Ada lah tu yang mengacau"..Ya,memang betul.Saya sendiri tidak tahu apa puncanya..Perkara yang tidak dapat dilupakan,ramai lelaki mengejek2..ialah, korang semua pun tahu, luka2 itu akan menjadi kudis..Saya tak berani nak usik sebab takut ia akan menjadi parut yang kekal..Jadi,saya biarkan sahaja walaupun orang di sekeliling sibuk mengata..

Bila dah setiap hari bertambah dan semakin bertambah kesan cakaran tu, saya mesej ibu..(kantoi bawa handphone kat asrama..HAHA),saya katakan pada ibu,tentang apa yang jadi..Ibu sekeluarga datang pada hari minggu untuk melihat muka saya..Lagipun memang dah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu ibu ayah akan datang melawat saya..Ibu bekalkan saya Air Yassin untuk disapukan ke muka sebelum tidur..Jadi setiap malam saya ikut apa yang ibu suruh..Sejak itu,kesan cakar semakin berkurang..

TAPI
,rupa2nya bukan setakat itu..

Biasalah,setiap malam kami akan ke prep malam ,dan tiada siapa yang dibenarkan berada di asrama..Ntah kenapa,pada malam saya sedang sibuk membaca buku kerana exam CHEMISTRY pada esok harinya..Tiba2 jam 11 malam,ayah dan kakak saya datang ke kelas.Saya sendiri pelik bertambah musykil..Saya ingat lagi,pada waktu itu,ibu tiada..ibu menghadiri kursus.Kakak saya time tu dah menangis2..lagilah bertambah pelik saya dibuatnya..Saya tanya pada ayah, kenapa datang??ayah kata,"alg kan sakit, jom packing barang sekarang,kita balik berubat."Saya pun ia kan saja.

Malam itu ketika berada di rumah, adik beradik langsung tidak berani mendekati saya..Rasa kelakar pun ada,sebab kami empat beradik tidur berhimpit di satu katil yang hanya mampu muat 2 orang..kakak saya pula,siap pasang surah Al-Quran di laptop sehingga pagi..Kakak saya ceritakan bahawa,rupa2nya..sewaktu saya sedang prep malam,kawan2 saya lihat saya mempunyai dua perwatakan..Seorang sedang tidur,seorang lagi sedang belajar.Mungkin sebab takut, kawan menelefon ibu suruh ambil saya bawa berubat.

Keesokan harinya, ayah dan kakak membawa saya berjumpa ustaz..Seperti biasa, ustaz suruh saya melunjurkan kaki..Ustaz tu kata, benda tu memang ada dalam badan saya, time ustaz tu nak keluarkan, kaki saya bergegar kedua2nya..Menggigil2 bagaikan parkinson.Kemudian ,ustaz mengambil air dan menyapukan di muka saya.

Dari apa yang saya dengar,kawan2 saya beritahu,rupanya setiap malam pada jam 3 pagi, saya terbangun dan akan keluar berjalan2 dan berlegar2 di setiap dorm tanpa hala tuju..Saya sendiri terkejut bila dengar.Rasanya, saya tidur. Mustahil saya berjalan, sedangkan saya tidak pernah mengigau sambil berjalan..Apalagi bila diberitahu, hampir setiap malam saya berlegar2 pada jam 3 pagi meninjau orang tidur..Banyak lagi yang diceritakan tentang saya, ramai kawan2 kata,saya ni ada 2 watak..Sekejap nampak saya di bilik, sekejap nampak di toilet.Kadang2,mereka kata saya suka bercakap bersendirian, menangis dengan tiba2..

Alhamdulillah, sejak berubat, tiada lagi benda2 aneh jadi pada saya..saya juga telah mengambil keputusan untuk menjadi outsider (duduk di luar) pada pertengahan bulan. Ibu dan Ayah setuju dengan keputusan itu..




Inilah sekolah teknik KL..
maaf, gambar kurang jelas sebab search di google..

Ini lah asrama perempuan, dorm saya ditingkat atas sekali..

11 comments:

  1. perghh..agk ter imaginasi gak fikiranku... aduyai..apsal la terbaca memlm gini....gudnite!~.huuu

    ReplyDelete
  2. nomorelonely: hahaha..tu lah,sapa suh baca..ala,x ada pape pun cter lama tu..ish,jap...apa blakang awak tu???he...he....he....

    r-mean: sangat tragis..:)

    keiroro: yup...kisah benar..

    ReplyDelete
  3. nomorelonely: hahaha..tu lah,sapa suh baca..ala,x ada pape pun cter lama tu..ish,jap...apa blakang awak tu???he...he....he....

    r-mean: sangat tragis..:)

    keiroro: yup...kisah benar..

    ReplyDelete
  4. ish dasyat nyer ..
    seram2 je bace..
    sy pon pernah kena tp kat bdn
    de cakar2 tp xde la
    sampai cm effy jln2..

    ReplyDelete
  5. awak SPM tahun berapa ye?
    Saya juga dulu student TIKL.

    ReplyDelete
  6. erkkk ak bru taw cter btol la effy..

    ReplyDelete
  7. Errr. Seramnya Kak Effy. HAHA. Dorm Melur tu. Grrr. Patut lah seram semacam je.

    ReplyDelete
  8. Saya penghuni dorm melur juga tahun 2010 masa tingkatan 4.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails