Monday, April 12, 2010

Salah siapa sebenarnya???


Salah siapa???
itu tajuk n3 kali ni...Bukan apa..kali ni saya nak bercerita tentang sesuatu perkara..Semalam, saya sempat berYM dengan seorang kawan baru...Pada awalnya,kami berkenalan di dalam facebook...maaf,namanya terpaksa dirahsiakan..Orangnya baik...cuma sedikit sosial...terlalu bebas dengan kehidupannya sekarang...walaupun baru sehari kenal,tapi bila berborak,rasa macam dah bertahun2 kenal...

Mulanya kami hanya berborak2 kosong...tapi, dah lama2 dia mula bercerita tentang kisah hidupnya..Beza umur kami pun hanyalah setahun..So, tak ada lah terasa kekok sangat..Dari apa yang saya tau..Dia ni anak tunggal...tiada adik beradik...Ya,mungkin dia lahir dari keluarga yang berada..ada rumah besar yang dilengkapi swimming pool,kereta besar...Setiap yang dia inginkan pasti akan ditunaikan oleh ibu bapanya. Mintak lah apa saja,tentu dapat..



Tapi,masalahnya...dia tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa nya..Ayah dia ada perniagaan sendiri...Ibunya pula bekerja di Syarikat besar..So,masing2 terlalu busy...sampaikan dia cerita...bila dia ajak parents pergi holiday ke shopping ke, ayah dia siap cakap lagi.. "hurm,pergilah ajak kawan2, guna credit card ayah,tapi..jangan boros..".Alahai...tak kesian ke korang bila dengar...tak faham ke si ayah tu bahawa anak dia tu nak kan perhatian dr family bukan kawan2..dah lah tak ada adik beradik nak diajak bermain,bergurau..Nanti kalau si anak tu dah berubah perangai...jadi teruk, tak kan baru nak sedar??..Tapi,alhamdulillah, dia tidak lah seteruk itu...



Semalam, sambil kami berYM, dia kata pada saya.."effy, jelesnya dengan awak, awak ada family yang cukup perfect..seronok tengok pic2 awak dalam facebook, lagi2 part tengah makan KFC tu" ..Bila baca apa yg dia taip tu, serius rasa sedih...macam...macam..ntah lah susah nak cakap..macam kesian sangat dekat dia..kesian sangat2...kalau saya dah rasa sedih,dia apa lagi...Dia kata hanya mampu tengok sampai pic ke 41 je..dia tak sanggup tengok pic seterusnya..sebab dia kata, dalam PC dia tak ada satu pun gambar bersama family macamtu..yang ada pun, satu je..itu pun di simpan dalam purse..



Sejak dari kecik dia kurang kasih sayang...Dari apa yang dia ceritakan, sewaktu kecil,patung barbie doll tu lah teman dia bercakap dan bermain...sampaikan bila ada family kawan2 ayahnya yang datang,dia hanya mampu tengok dari jauh..cuba membandingkan dirinya dengan diri orang lain...Hurm..banyak lagi sebenarnya yang dia ceritakan,tapi...tak semua yang boleh saya cerita kat sini...


Saya sendiri tertanya2..Dalam hal ni, siapa yang salah sebenarnya??? adakah salah ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya atau salah anak yang tidak pandai mendekati ibu bapa??? Penting sangat ke kerjaya tu sampai anak sendiri terasa kekosongan???Saya tak tau nak cakap apa dah..Semua persoalan ni, individu tu sendiri yang ada jawapannya..


"PESANAN KHAS BUAT IBU JUGA AYAHKU...IBU DENGAN AYAH...JANGAN NAK BUAT MACAMTU...TAK MAU KAWAN NANTI BARU TAU, TAK NAK BALIK CHERAS DAH, BIAR DUDUK KAT KOLEJ NI SORANG2..HAHAHA..TAK SABAR NAK BALIK BELI NOVEL BARU..YEAY!!!!!! "

5 comments:

  1. gtaw member adik..sabar..itu ujian allah untuk dia..dan allah tahu dia kuat..

    ckp dia..
    jaga diri..
    dan doa 1day mak ayah dia sedar..
    yang penting jaga diri.=)

    ReplyDelete
  2. hurm.
    kesian kat dia.
    dah la takde adik-beradik lain.

    and,
    betul cakap safiyyah.
    awak bagitau la kat dia.
    tu semua ujian dari Allah. mesti ada hikmahNya.
    mungkin Allah nak dia berdikari, uruskan life dia sendiri.
    sape tahu kan?
    tu semua rancangan Dia.
    yang penting, dia perlu kuat.
    Allah sentiasa ada untuk dia, mana2, bila2 masa.
    ;)

    ReplyDelete
  3. hurm, cian kat dye kan effy.
    mira pon x tahu salah sape sbenar nyer. x reti sgt nak mentafsir nie.
    tp sume tu de hikmah nyer kat bdk tuh. hope dye byk bersabar. =)
    yg peasanan effy kat parents tuh x ley blah tuh..hehe

    [airsuam]

    ReplyDelete
  4. ngeng sedih gle doe..ase nak mencurah airmata nih..nasib kat cc..than jap..hue

    ReplyDelete
  5. Uh? kawan sorang2 tu girl ke? dia comey x? ehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails