Saturday, March 27, 2010

tips membaca dan menghafal dengan mudah =)

Assalamualaikum kawan2..
hari ni, saya ingin berkongsi sedikit tips
membaca dan menghafal dengan mudah
amalkan setiap malam selama
7 hari berturut2..
mesti senang punyeeeerrrr !!!!



jauhkan laptop dari anda????
ya, ini cukup senang untuk melakukannya
tak perlulah jauhkan diri anda dengan laptop
sampai berbatu2..cukuplah dalam 30cm..


Sila teliti tarikh exam anda setiap malam..
lebih afdal setiap pagi,tghari,petang,malam,tgh malam
ini untuk memudahkan anda tu SEDAR DIRI sikit..
klau tak sedar diri juga,hantuk kepala dekat dinding



tengoklah gambar family bila terasa malas..
ini untuk membuang sifat kemalasan pada diri
tengok dan hayatilah muka mereka semua
dan bayangkan apa harapan mereka pada anda..



jangan bagi katil anda kosong
ini untuk tidak memberi peluang pada anda
untuk berbaring2 & bersenang lenang
di atas katil..letak lah apa2 sebagai ganti
diri anda di atas katil..


pastikan air sentiasa berada di sebelah anda..
ini untuk menghilangkan rasa mengantuk
lagi2 dalam subject membaca..
oh yer,air yang dimaksudkan bukanlah
air oren,air bergas,air milo,air jus
tapi..air yang dimaksudkan ialah
air suling,air masak,air kosong,air putih


Gunakan pen yang bewarna ketika menulis
ini untuk memudahkan anda mengingati
segala point2 yang penting..


lastly..katakan tidak pada makanan..
kalau dah asyik makan je...
bila nak mula baca dan hafal..
kalau perut dah kenyang
nanti fikir nak tidur je...


~SELAMAT MAJU JAYA~

kejutan lagi..alahai ibu....

Wahai kawan2 ku sekalian,tadi ibu ayah saya datang menziarahi saya di UiTM..hohoho..sangat suka sampai melompat2 sehinggakan kepala mencecah atap bumbung..Begini ceritanya..Pagi tadi,dah habis mandi semua..perut terasa kebulur sangat..nak turun blok i beli makanan,terasa malas sangat bagaikan ada baby ju-on tengah pegang kaki..Dengan lemah longlai tu,pergilah panaskan air..Konon2 nak buat milo dengan maggie lah..Lepas tu, buka buku LAW kejap..selak2..tiba2 dapat satu call..dari ibu..Berikut ialah dialog dia antara kami berdua..(HAHA,ayat nak skema je)..

ibu: Salam,buat apa tu darling??dodo lah tu..

saya: tak buat apa2 pun ibu, tengah panaskan air,lapar lah.

ibu: oboi..sian dia..ni,dekat depan admin tu ada apa?Drift ke?

saya: aah,petang nanti ada drift..macamana ibu tau ni??

ibu: Ni,kawan ibu dah tunggu bawah kolej,dia dari Labis.
ibu kirim barang tadi kat dia suruh bagi kau.

saya: HA!!!(serius terkejut gila)..ye ker ibu??ala..camana??

ibu: turun cepat.Dia dah tunggu tu..Pakai baju,tudung apa tu?
senang dia nak cam nanti..

saya: ha!!urm..ok2,nak turun lah ni,tudung hitam,baju oren tau.


Panggilan dimatikan..Sekali turun bawah kolej..mana kawan ibu ni..eh.mcm kenal je kereta tu..
Saya dari jauh dah menjerit..(IBU!!!!JAHAT TIPU ORANG!!!TAK NAK KAWAN DAH,TAK BAIK TAU TIPU.KATA KAWAN IBU YANG DATANG..SAJA NAK KENAKAN ORANG)..Ibu dengan ayah pulak dah ketawa2 pandang aku..Siap cakap lagi..ACAH MAK ENON..Rupa2nya,ibu dengan ayah yang datang..kawan tu tak wujud pun.Ibu saja nak bergurau2..hurm..Tapi,happy sangat..HUHU..Afif tak dapat ikut,ada pemilihan bola,ija pun sama,ada tusyen..So,mereka berdua je..Ibu bawak makanan,banyak sangat..macam nak buat kenduri wing je..nasib baik ila ada,dia temankan saya makan..








Rasa terharu sangat2..Ibu bawa macam2 untuk anak dia ni..Ada nasi, ayam, laksa, ketupat, biskut2, roti, air, buah semua..Semua tu ibu masak subuh pagi tadi..Untung kan ada parents macamni..Saya pun dah lama tak balik rumah, ibu kata kesian dekat saya sampai post kan n3 pasal snap gambar family tengah makan..Untuk baca,sila click SINI.Tu yang ibu ayah datang..HAHA..Lepas ni nak buat n3 macam tu lagi lah..nanti tiap minggu dapat makan free...HAHAHA..Ok lah,itu saja ceritanya..


~thanks ibu ayah sebab datang..suka sangat2..nanti buatlah acah mak enon lagi..
best apa dapat kejutan macamni...I LOVE U~

Friday, March 26, 2010

saya dah sihat, tak perlu disuntik =(

Saya dah sihat..tak perlu disuntik..:)
HAHA..siapa yang nak di suntik kalau jarum
nya besar gedabak macamtu..
boleh membawa maut..

itu sebenarnya untuk props Mandarin..
ada satu scene di hospital..
besar kan PICAGARI tu..
itu Lyana Darwesh yg buat..
sekarang ni baru siap satu scene..
banyak lagi tak buat..hurm..
ingatkan nak buat esok sepanjang hari..
tapi,ada masalah yg tak boleh dielakkan..





shengri kuaile bermaksud happy birthday
dalam mandarin 151,kitorang blajar pasal perayaan
makanan,minuman,penyakit dan macam2 lagilah..
So,semua sylbus tu kitorang kena masukkan dalam
video mandarin.. cool x cake tu??
HAHA..hand made by Nurul Sazwani..
gila gedabak lilin tu..lilin cute2 tu tak ada,so guna je lah yg ada.

~sebenarnya nak upload banyak lagi pic, watak2 dalam lakonan
tapi, macam malu je..gambar masing2 nak sengal ~


Thursday, March 25, 2010

Dia adik saya.Saya kakak dia.Kami bukan kembar


Sedang sibuk menaip assignment LAW , tiba2 terasa alahai..lama tak call adik saya, ija. Petang tadi, ibu mesej..Tadi maghrib kakak saya pula, Dalila call..Dia bagi tahu cara2 nak birukan Broadband owh..Berkesan jugak, saya punya bb yang selalu hijau berubah ke biru..HUHU..Thanks lah nenek lampir..Jasamu dikenang.tau tak maksudnya,??Dorang rindu saya lah tu..HUHU..hurm..sambung balik cerita..Oh,yer..lama gila kot kami berborak, banyak gila gosip baru ija bawak..i like..(-_-").Bersembang punya bersembang, sampai lupa..OMG!!!!..credit ku...tengok..ija suka khayalkan saya tau..kalah pil kuda,heroin semua..ni saya nak syorkan..tak payah lah nak ambil pil semua tu,tak bagus,tak berfaedah langsung..dengar adik saya cerita gosip, comform tak sedar lama gila berborak..sampai saya lupa yang call tu saya..Terus mintak diri kata nak sambung menaip assignment.HAHA..

Tak lama lepastu..datang pulak mesej dari ija.Mms lagi..Dia memang suka hantar mms semenjak ada credit ni..Oh yer,gambar bawah itu ija tau,bukan effy..Sebab ramai sangat kata kami kembar..Mana ada sama..lain je..Ala,nama pun adik beradik.Mestilah muka nak dekat sama kan..Cuba tengok muka korang dengan adik beradik korang..sama kan???



Entah anak siapa ija pegang tu..
katanya, waktu jadi facy kat surau BTHO..
main bergambar je dengan budak2..
tapi..cutekan budak tu..



create by: Adina Shamiza

ye, saya tau lah awak love saya..
saya love awak juga ok !!!
nanti saya balik,kita buat aktiviti TIDING2 ok

~ Motif sebenar n3 ni,hanya nak bagi tau saya rindu ija n my family ~


Masih tak elok ke??


Apa sudah jadi dengan GB ni ???
kenapa saya tak boleh access ???
masalah tu tak selesai lagi ke ???
orang lain macam saya juga ke ???
ke benda ni berlaku pada saya saja ???

~sila lah bantu telinga2 itu~


" Beautiful Blogger "


Selamat Pagi semua...Maaf,sudah lama tidak mengupdate blog..Saya tau mesti ibu dekat office tu dah tertunggu2 kan...Ala, mengaku je lah ibu..Setiap hari ibu tinjau blog ni kan..Orang sibuk bekerja ,dia tinjau benda lain..huhu..n3 kali ini ringkas je..Award...yeay!!! eh, bersemangat pulak...HAHA...Ini BEAUTIFUL AWARD, atuk NABIL yang bagi...Dalam Award ni, diletakkan syarat pulak...uish...macam2 ...Syaratnya, ceritakan 7 perkara tentang diri saya...OK, si pemberi award...Biar saya senaraikan 7 perkara itu...eh sekejap...saya musykil..blog ni ada 2 tuan..So,camana ek??sian ija kat rumah..Ok,tak apa..kita teruskan dulu..

7 perkara tentang Effy Syazwani :
  1. Sorg yg GILA2 ,yg tk knal,mesti kata muka saya suci gila
  2. Masih BELAJAR di UiTM Segamat (ntah bila nak grad ni)
  3. Suka gila dengan NOVEL..tahap suka ni dah kronik..
  4. SUKAR melupakan cikgu dan kawan2 lama..
  5. Tidak boleh HIDUP bersendirian..
  6. Sangat takut pada SERANGGA2
  7. Family adalah Nyawaku
Ok, itu sahaja tentang saya. Saya nak bagi Award ni pada:
Soalannya 7 perkara tentang diri anda
~SELAMAT MENJAWAB & SELAMAT MAJU JAYA~

Monday, March 22, 2010

Dia mengambil kesempatan terhadap saya!!!

Ayah dan Ibu..
Ayah dan Ibu..

Itulah permulaan kami..

Dapat melihat bulan dan matahari..

Ahai...Ayah dan Ibu..




saat nyanyian itu berkumandang..
anakmu ini...memandang ke arah luar tingkap..
menunggu dengan penuh harapan dan penuh kesabaran..
berkata..wahai current, datanglah cepat..
banyak lagi assignment masih belum siap...
HAHAHA..boleh buat pantun kan???



adakah anda nampak apa yang saya nampak???
adoyai...wing saya jer tak ada current...
wing atas, semua berlampu...
haih..tak boleh jadi ni...


Kesian kan saya,terpaksa berfacebook di dalam
keadaan yang gelap gulita..
nasib baik ditemani cahaya si lilin..


wahai lilin...engkau telah menerangi hidupku kini..
terima kasih..tanpa mu...terkapai2 lah aku di dalam
kegelapan dan kegatalan akibat digigit nyamuk...
Oh ya, si dia itu merujuk pada NYAMUK


Sekian untuk malam ini...
Saat ini, kaki berasa gatal2..
kerana si nyamuk betina sangat gatal..

jaga kau nyamuk,bila lampu dah kembali bercahaya,
akan ku cari kamu sampai ke lubang cacing...
akan ku penyek2 kan kamu..akan ku picit2 kamu
dan tamatlah riwayatmu sebagai seekor nyamuk




Sunday, March 21, 2010

apa motif Adina Shamiza menghantar mms sebegini??

aiyoo..saya tak faham lah..
kenapa yer time kebulur je...
time tu lah saya dapat mms gambar camni
huh..ija memang suka hantar mms,
lepas tu suruh saya update blog...
walaweii...cuba update sendiri...
huhu..ops..lupa pulak..:)
nak update macamana...



siapa nak???di persila lah datang ke rumah..tapi, rasanya semua dah masuk dalam perut kot..HAHAHA..apa yer motif ija hantar mms gambar kuih ni??barangkali nak menunjukkan dia sangat rajin kot..RAJIN KER???hurm...dia memang sengaja cari pasal..tau lah saya tak dapat balik ke rumah,masih terkapai2 di Segamat ni..nak buat orang jeles lah tu...ellow...saya tak jeles la!!!(sebenarnya,tersangat lah jeles...kan best kalau dekat rumah..minum petang,duduk dekat luar rumah,tepi buaian..pegang novel..sambil makan....nyum2...huhu)


Saturday, March 20, 2010

Modul part 4 UiTM Segamat..

Pagi tadi, saya ada modul..Modul ni wajib untuk semua student U..Kalau tak datang,kena repeat next sem..Seawal jam 6 lebih,bangun..adoyai..sabtu tu..sabtu ok..boleh faham tak?? tak ada maknanya nak bangun awal2 kalau tak ada aktiviti.dah lah pagi tadi hujan..Serius rasa nak sambung tidur,tapi bila fikir2 balik..gagahkan juga diri ke toilet..Sampai je Dewan,berpecah ikut group, satu group 19 orang..buat bendera, moto, tag line sume..lepas tu..kami di lepaskan ke hutan mengikut group..kami ada masa 4 jam untuk selesaikan..lebih kurang explorace lah..ada 10 check point..Antara tugasan yg diberi teka silang kata, sudoku, teka-teki,role model ,soalan tentang UiTM ..hurm..banyak lagi lah..Kami punya moto" PANTANG MENGALAH SEBELUM KALAH "..

bertembung dengan group lain..




bab lumpur ni, wo..saya cukup jalan dengan teliti..
konon2 tak nak bagi kena lumpur..
nanti,tak perlu nak basuh kasut..


tengoklah jalan nyer...dah lah time ni hujan turun renyai2..
nasib baik hujan, tak ada lah panas sangat..



facy mintak 3 gurl n 2 boy untuk model..
ambik lah apa saja yang ada di hutan tu ..
dia kata, kalau semua ahli group letakkan
lumpur di muka,full mark untuk check point tu..
kami apa lagi...walaupun eiuuuuuuu
tapi,calit je kat pipi,hidung sume...
anggap je lah tu pemerah pipi..HAHA


atas tu ada jalan berbukit gila tinggi..
cuba tengok betul2..



jalan berbukit lagi...budak bertiga tu gila hyper..
tak penat ke..orang kat belakang ni..
tunggu masa nak pengsan je..



di atas kaki bukit..tercungap2 dah time ni..

bertembung dengan group lain sekali lagi..


ni waktu awal2 berlepas ni..saya orang paling depan..
konon bersemangat waja lah..
dah lama2, saya pulak ke belakang..


orang sibuk buat sudoku, saya menangkap gambar,,


bangunan ni yang semua tunggu2..
menandakan kami dah sampai..
dah nampak batang hidung UiTM..

*************************************************
Setelah di lepaskan keluar dari dewan,
masing2 berebut ke blok i, beli makanan.
ramai kot, berebut2..



balik bilik,terus terduduk depan pintu..
letih sangat..kaki lenguh..
tu tak tengok tapak kasut lagi, penuh dengan lumpur..
tu lah, tadi teliti sangat berjalan dekat lumpur..
tengok..kena balik kat diri sendiri..


kami ada masa satu jam setengah je..
untuk mandi, solat semua..
sebab 2:15 pm dah kena masuk dewan..

Time penutupan modul..
bila orang berceramah..masing2 tidur..
saya dengar lagu guna earphone untuk hilangkan bosan.

Balik je modul petang tadi jam 6.30..masing2 dah terbongkang atas katil..sedar2 je dah maghrib..ila dengan ika lah, kata je nak tidur sekejap..sekali..ha,ambik kau..Lepas,mandi solat semua..saya basuh segala baju kasut yang kotor..Nak memberusnya,adoyai..sakit gila pinggang, tangan, kaki..lepastu,macam biasa online sampai sekarang..ok,mata dah terkebil2..tangan dah ada simptom2 longlai dan uratnya bagaikan mahu tercabut..mahu tidur sekarang...gudnite..:)

~to haziqah dan Jalilah, kesian kamu berdua..kumpul baju kotor setinggi bukit, konon nak basuh guna washing machine, sekali..ha,dua2 machine tak berfungsi..duit RM 3.00 ditelan,kan dah kena basuh sendiri..HAHA..jangan jeles..saya punya baju semua tinggal nak kering je..selamat membasuh..rasailah kepenatan nya..alami dan amati lah keseronokannya..HAHA~

Friday, March 19, 2010

snap gambar curi sebab teringatkan family ???

Gambar di bawah ialah gambar curi..boleh faham tak???..hurm...Rutin biasa setiap jumaat..Bangun jam 9 lebih,bersiap ke kelas LAW..menjalani Quiz yang malam tadi baca tapi tak masuk..Habis kelas awal,11.30...terus balik ke kolej,tidak menyimpang ke mana2...Masuk bilik, cari baju kotor,rendam..on laptop, pasang broadband..WEI,BB COLOUR BIRU OWH!!!!hahaha..kalau dekat Segamat,boleh dikira bila warna biru tu muncul bila..laju owh internet..eh,terkeluar dari landasan cerita pulak..ok,dah puas online,dengar bunyi bising2 kat bawah kolej..apa lagi, tinjau2 lah...di sebalik langsir..dah macam pencuri dah..lepastu,nampak pulak ada budak kelas sendiri bersama family..wah,bestnyer,,diorang tengah makan sambil bergurau senda bersama2..Ntah kenapa,tiba2 tangan ni automatik capai handphone, pergi cikelik (cikelik lebih kurang sama maksudnya dengan click,afif yang bagi ayat cikelik tu) gambar diorang..


Muka di sebalik langsir ..sebab terkantoi, si ayah terpandang
saya sedang pandang2 mereka..apa lagi,terus buat2 kemas langsir


3 beranak sedang menjamu selera sambil bergurau mesra..
saya tinjau di sebalik tingkap...

_

_

_

_


bila yer ibu ayah nak datang Segamat lagi??
eh,lupa pulak..ayah kan baru operate mata..
ayah cuti sebulan...tapi..tak boleh jalan jauh...

(mood sedih)

bila yer nak kuar macamni lagi??
wah..rindunyer kat family,
ibu,ayah,along,angah,ija juga afif...
tidak ketinggalan..
haiwan2 peliharaan baru...
hurm..hanya masa menentukan..
wah,ayat nak sayu plus syahdu je..HAHAHA

Thursday, March 18, 2010

tolonglah faham...

Betul lah kata orang ,makin kita naik sem, makin melambak2 assignment..Nak ibaratkan seperti hujan renyai2..ha,macamtu lah assignment saya kena buat..eh, hiperbola sangat tu..huhuhu..(wah,ingat lagi kau bahasa melayu yer,ada asonansi,aliterasi..ntah,apa lagi..lupa dah)..Sekarang ni saya ada baaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkk sangat kerja...busyyyyyyyyyyyyy sangat..*huruf berulang melambangkan apa yg dicakap tu serius dan bukan main2*..ada 3 test berturut2..ada presentation terbesar,yang paling susah nak buat video mandarin..fuhh!! lagi 3 minggu weh..boleh faham tak??skrip x sentuh langsung..jalan cerita pun baru bahagian klimaks..

rasanya macam dah lari gila dari topik..ok,saya nak cerita ni...luahan hati ni..tolonglah dengar..esok saya ada kuiz LAW..tapi,setiap kali baca,tak masuk..kenape yer?? korang2 yang amik law ni, camana korang study ek?? share2 la..sharing is caring right?? Dalam masa yang sama, tadi online facebook...alahai....lemahnya baca status kawan2...ramainya yang nak ke PESTA BUKU dekat PWTC tu..omg..omg...sabar effy,sabar...novel tu tak penting..bila2 boleh beli...tapi..........nak sangat pergi..kan best,dapat borong novel...wah,dah dapat bayangkan lah..

Kalaulah pesta buku tu dekat2 UiTM Kampus Segamat ni, kan bagus...huhu..Ok,lupakan semua tu..Lupakan novel..Tu lagha je tu effy..OK,saya sudah membuat keputusan untuk balik pada minggu study week dan meninggalkan laptop juga broadband di rumah..tak boleh blaja woo, kalau laptop depan mata...serius tak boleh!!!...




Di hafal berkali2..tapi tak masuk...
hurm...nak kata makan semut tak..
makan nasi jugak..
barangkali semut invisible kot..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tak dapat pergi PWTC..
tengok gambar pun jadilah..
wah,bestnyer kalau dapat pergi kan..:)





Tengah berangan van MPH datang U ke rumah ke
lepastu kan dia kata kat saya
"dalam van ni penuh dengan novel,free untuk awak"
wah!!!! alangkah indahnya..HAHA



Tak sangka lelaki pun minat novel yer..
ibu,nak ada novel banyak macam tu boleh tak??
belikan lah..*wink..wink..*
Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails