Wednesday, July 6, 2011

Demam Angry Birds..





Zaman Sekarang ni, rata-rata orang cari angry birds..
First time dengar masa kat tempat kerja..
orang ramai datang tanya pasal patung ni...
"Dik, sini tak ada jual patung angry birds ke??"
hurm...patung apa? angry apa? tak pernah dengar pun..

tak pernah tau pun kewujudan patung ni...
balik tu search google " angry bird..."
la...ni ke rupa patung nya? kenapa ntah ramai
yang cari patung ni..asalnya dari game tak silap
angry birds ni..kalau dekat memory lane tu..
sehari tak dengar budak2 kecik, dewasa ke remaja ke
cakap pasal angry birds memang tak sah..
lepastu dalam sehari ada jugak dalam 5 6 kali
dengar orang lalu lalang kata angry birds...
maklumlahkedai sebelah jual patung angry birds...

apa yang uniknya ntah..barangkali dari sudut
muka marah gila,muncung sedepa kot...
tu lah nama pun nak ANGRY BIRDS...
hehehehe..macam-macam...



Sunday, July 3, 2011

Adina Shamiza telah sambung belajar...

1 Julai 2011 baru-baru ni, saya ikut ibu
dengan ayah hantar ija sambung belajar..
di Kolej Pembantu Perubatan, Seremban..
tempat tu, hurm jauh sikit dari pekan
kolej aspuri tu dekat dengan hutan,
kalau belajar aman lah..sunyi sepi kot..hihihi

tunggu dia daftar punya lah berjeman,
lepas daftar ada taklimat bagai ...

masa taklimat..bosannya lah hai...
macam2 diterangkan...naik mengantuk buatnya
dengan dikelilingi aircond.pelajar yang ambil
kos ni tak ramai...106 orang tak silap..
30 perempuan selebihnya lelaki...

ni lah kolej perempuannya...
atas bukit, berhampiran hutan,
kolej baru dan agak menakutkan..hehehe
macam apartment, dalam satu bilik.
ada ruang tamu,dapur dan 2 bilik tidur..
kiranya berenam lah dalam satu kolej.

separuh dari barang2nya yang baru
dibawak naik..tingkat 4 tu...gilo!!
mau kurus macamni kalau naik turun hari2..

bilik yg pertama, satu bilik ada 3 orang..
sama jugak dengan bilik yang lagi satu..

katil single ija dapat...
luar tingkap koridor, dah lah minggu orentasi
dari tingkat satu sampai 4, berpuluh2 bilik tu
5 je yang guna..uuuuuu..seram...

ni pemandangan belakang ...
kalau malam ni, uish..dah lah toilet dekat luar ni..
tak ada dinding pulak..haih...sunyi sepi...
atas bukit, jauh dari tempat lain...

toilet dekat belah belakang...
apasal lah tak letak toilet dalam??
tak ke macam scary, nak kene ajak 6 orang
sekali teman...lagi2 kalau malam..

ni pulak bilik mandi...nasib baik
dia letak dalam...

ruang tamu yang hanya ada satu almari..
nak kene share2 lah dengan kawan2...

sebelum balik..sempat jugak
nak cikelik dengan ija luar koridor..

gambar last sebelum berpisah..
hurm, itu je lah ceritanya...
sekarang ni, dah bosan, tak ada geng nak
ajak makan malam2 kat rumah, nak tengok
tv..dah tak ada tukang masak dan lipat kain...


Saturday, July 2, 2011

Degree~UiTM Puncak Alam




Sukacita dimaklumkan bahawa anda di tawarkan tempat
untuk mengikuti program di UiTM.

BM 223 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Pengurusan Sumber Manusia
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Semester: Semester 1 2011/2012
Kampus: UiTM Kampus Puncak Alam


hurm, tak pernah sampai pun sini...
ntah mcmana la suasana kat puncak alam
sebab dah biasa dengan segamat ..=)
kawan baru, tempat baru..
masuk mungkin awal september.


Surat tawaran kemasukan...
hurm...agak2, sapa je yer geng dekat sana nanti??
ada tak agaknya kawan dari UiTM Segamat
dapat sambung degree tempat sama...??



Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails