Friday, February 24, 2012

Aku sebiji nangka...


.True Story.


Namaku nangka. Aku dibesarkan di kebun Pak Mail. Aku sentiasa bersama teman-temanku yang lain. Kami sering mengikut rentak angin..Jika angin bertiup di sebelah kanan,maka ke kanan lah kami.Aku sentiasa membandingkan kecantikanku berama teman-teman yang lain,maklumlah aku sangat cantik dan tiada ulat berani mendekatiku. Isiku juga sangat besar dan tebal berbanding teman-temanku .Pada suatu hari, datang seorang pemuda ingin membeli ku dengan harga RM 13. Tuanku menjual ku kepada pemuda tersebut..


Pada malam hari, sedang aku dibuai mimpi yang indah.Ketika itu aku masih berada di dalam fridge bersama teman baruku seperti sayur, tauhu, cili dan lain-lain..Tiba2, anak pemuda tersebut mengambilku lalu dibelek2nya aku dengan hati yang girang..Lalu aku dibawa menuju ke ruang tamu di hadapan tv.Hatimu mula berasa takut kerana mungkin sudah sampai masaku.






Anak pemuda tersebut melihatku dengan perasaan membuak-buak ingin memakan ku.Tetapi sebelum dia makan, dia sempat lagi mengambil gambarku.Ya, aku akui aku sangat cantik, isiku tebal dan warnaku boleh menggoda sesiapa sahaja yang melihatku. Ntah kenapa gambarku diambil, aku tidak tahu dan aku bingung.Tetapi aku sempat memberi pose yang cantik.ecececeh.





Tidak lama kemudian, aku semakin dekat dengan mulut anak pemuda itu..Aku takut..Tetapi aku pasrah.AUCHHH!!! Itu perkataan yang keluar dari kerongkongku setelah anak pemuda tersebut mengigitku..Lama kelamaan, aku semakin nipis dan nipis...Dan akhirnya, tinggal lah biji ku sahaja..Tamatlah riwayatku sebagai buah nangka..


..............







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails