Tuesday, July 3, 2012

Diari si anak...





26 Jun 2012

Anak: Hello, ibu dekat mana dah ni?
Ibu: Ibu dekat KLIA ni, nak pergi toilet sekejap, nanti ibu call balik,ok?
Anak: Err, okay! bye..lebiu
Ibu: ha..ok ok..bye2..lebiu 2...

Setelah itu, si anak menunggu ibunya..sambil menunggu, si anak call ayahnya pula..
bertanyakan khabar, mengucapkan selamat tinggal kepada si ayah..10 ke 15 minit kemudian,
si anak menerima kiriman sms dari anaknya, yang berbunyi "ibu tak sempat nak call la, orang ramai sangat, insyaallah ibu doakan di sana nanti..bye..lebiu..". Si anak sedikit hampa..tetapi, pesan orang2 tua..sentiasa berfikiran positive..jadi tidak mengapalah..dapat bercakap tadi sekejap pun okay la..=)


1 Julai 2012

7 hari berlalu..Hanya sekali si anak menerima kiriman sms dari ibunya..mengatakan bahawa mereka sihat di sana, cuaca di sana 47 darjah..dan si ibu memberitahu bahawa doa si anak2 telah dibacakan di hadapan kaabah. Kini, si anak sedang menempuhi peperiksaan akhir. Dalam menunggu si ibu ayah pulang ke Malaysia, macam2 perkara terjadi dengan si anak..

Masih segar di dalam ingatan, tarikh si ibu ayah berlepas ke kota Mekah, si anak mengalami masalah..Jadi, hendak memberitahu ibu bapa, tentu ia bukan masa yang sesuai..Si anak takut ibu bapanya tidak jadi berangkat ke Mekah. Jadi, si anak berdiam diri..Pesanannya kepada semua rakan2, adik beradik dan yang terlibat agar berdiam diri mengenai masalah itu.


3 Julai 2012

Kini, setelah semuanya kembali seperti biasa..(Semoga semuanya tidak terjadi lagi).Si anak berasa kerinduan yang teramat kepada ibu dan bapanya..Tetapi, apakan dayanya..Si anak hanya berharap masa berlalu dengan pantas..Si anak sangat merasakan kelainan kepada dirinya..Maklumlah,tidak pernah berjauhan dengan mereka..Jika si anak kembali ke puncak alam, paling tidak pun, si anak membuat panggilan ataupun mengirim pesanan. Cepatlah 7 julai,si anak berbisik..

Lain sungguh rasanya..Selalunya, habis satu paper, si ayah dan si ibu akan membuat panggilan bertanyakan bagaimana menjawab paper tersebut...Sudah 2 paper berlalu, namun, tiada panggilan daripada mereka..Ialah, mereka jauh..tentu kos mahal. Pernah 2 kali, si anak tersalah dail. Si anak terdail no ibunya,kemudian cepat-cepat si anak menekan punat merah di telefon bimbitnya, baru si anak teringat, ibu bapanya di sana..Akan datang, 5 jun 2012 tarikh peperiksaan si anak.. 

Kemudian, 7 julai si ibu ayah pulang..Jadi, rasanya bukan masa yang sesuai untuk si anak menceritakan apa yang terjadi..Biarlah mereka berdua merehatkan diri dahulu..Lagipun ,si anak pun telah pulih..Apa yang ingin disampaikan disini, si anak begitu merindui kedua ibu bapanya..2 minggu satu penantian yang begitu menyeksakan..Rindu sangat-sangat...Buat ibu dan ayah, semoga selamat pulang..luv u..



1 comment:

  1. Semoge awak tabah menghadapi liku-liku kehidupan sbgai pelajar..
    =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails