Sunday, September 9, 2012

Kawan sekolah agama =)


14 tahun yang lepas...masih lagi seorang kanak-kanak..
bersekolah di sekolah agama nur salbiah berhampiran rumah..
masa tu, rapat sangat dengan 7 orang kawan..teman bermain
waktu rehat..teman bergaduh..teman membuli mereka yang tak berdaya
dah jadi kenangan semua tu..sekarang masing-masing dengan haluan 
masing-masing.kadang-kadang, teringat balik..kejadian 14 tahun yang lepas
..tersenyum sendiri..bila fikir perangai zaman kanak-kanak ish.tak matang langsung.


Nur syafiqah, Atiqah, Fatin, Hanis, Atheena,Sabrina,dan Maryani
korang masih ingat tak lagi kenangan kita ???

Fatin Nur Atikah: Pengawas sekolah agama..dia lah sorang yang pakai baju hijau..Nak kata pengawas,,nakal jugak, time rehat je..main kejar-kejar..tu la game kita kan..tak sah kalau tak main waktu rehat,sampaikan kain koyak sebab ditolak "aku"..hahahahaha..Ingat tak, awak dengan hanis masa tu dekat surau, korang ambik tudung aku..loceng dah bunyi untuk beratur, aku mintak,korang tak bagi..bila semua dah pergi..baru korang bagi..aku lah paling lambat beratur, meleleh-leleh air masa menuju ke tempat berhimpun tu..Ingat tak kita kene denda sebab tak bawak buku bahasa arab,berdiri dekat panas..lepastu ayat kita."eh, jomlah mintak tolong acik hasnah tu..rumah dia kan dekat je.."hehehehehe.. 


Hanis Hazwani: Ni lagi sorang budak penakut..Ingat lagi tak..masa awal-awal masuk sekolah dulu,kita rapat dengan awak je, sebab awak duduk depan kita.masa tu kita tak rapat dengan syafiqah lagi..lepastu, naik van sama-sama, bila balik sekolah keb, awak kol ..suruh datang rumah awak.selalu jugak kita datang sana awal, awak kata awak takut sorang-sorang, temanlah..ingat tak ayat ni,"effy,kita nak mandi, duduk dekat sini tunggu sampai kita habis mandi, jangan pergi mana-mana tau." Tu lah ayatnya..lagipun rumah awak tak sampai 10 langkah ke sekolah agama tu..Paling ingat, rasa nak ketawa terbahak-bahak, masa awak gaduh dengan budak lelaki, ustaz fauzi nak leraikan, siap pegang tangan,mcm nak peluk..hahahahahaha..lepastu kita sorokkan kasut ustazah dalam tong sampah..



 Atiqah: Atiqah dulu duduk cp3..selalu pergi sekolah sama-sama naik basikal sekali dengan syafiqah..Tapi sekejap je kita sekolah sama sebab awak pindah ke putrajaya..ingat lagi tak dulu, bukan main, kita berbalas-balas surat..hahaha..Tapi, awak ni budak baik, tak nak buli orang, ingat tak, kita ajak baling buah mengkudu dekat kawan lain, awak kata,,eii,tak nak lah,sian dia nanti..Bila balik je dari sekolah agama, mesti singgah taman permainan cp5 main dulu, lepastu korang hantar kita balik sampai depan rumah, siap pinjam pam tayar sebab kempis tayar basikal masa tu..hahahaha.Bila pindah je, tak jumpa dah..tahun 2011 baru jumpa, sama UiTM, siap sama kelas dan sama course lagi..keciknya dunia...kan?



 Maryani: Ni kawan kita pergi sekolah sama-sama.Masa tu jalan kaki, kita datang rumah awak, "Maryani...ooooo maryani"..tu lah ayat kita..Mak awak suka suruh kata.."Dia tengah siap tu, masuk dulu dik, panas luar tu"..hehehehe..ingat tak? bila nak masuk simpang depan sikit tu, semua kata eh,kau lah jalan dulu, eh kau lah..sebab ada anjing besar gila warna hitam, selalu berbunyi bila kita lalu...berlari-lari bila masuk simpang tu..Sekarang entah ada lagi ke tak kan anjing hitam besar tu..Ingat tak, masa exam, dalam masing2 bagi idea nak meniru, sorang kata tulis kat kain lah, tulis kat dinding la, tulis dekat lengan lah..last2 letak buku dalam meja.dan ustaz faizul kata "hah, tak payah nak meniru.ingat saya tak tahu, ada buku dalam meja tu.".terus pucat muka masing-masing ,langsung tak jadi nak meniru..



Sabrina: Dia ni, kalau main kejar-kejar dalam kelas, ya allah, asyik dapat tangkap orang je..laju betul dia kejar. Kita selalu pergi sekolah sekali dengan atheena dengan maryani sekali..Nampak manis je macamni, muka baik je..tapi nakalnya masa dulu..Ingat tak, kita pergi belakang surau, ambik mengkudu, kutip yang lembik, yang keras, lepastu bila nampak anis adibah, kita baling dekat dia.sampai kotor tudung dia..kenapa ye kita suka buli dia..sian dia..dia tak bersalah pun kan..hehehehe..Bila dah dapat baling tu..hah, ketawa dia lah yang paling kuat..Paling kita ingat, korang ketawakan kita sebab kita jatuh naik basikal depan surau,lepastu masa nak pergi rumah atheena, ada anjing kejar, menjerit, tak jadi singgah rumah dia..Sampai je sekolah, uuuii..ketawa dia paling besar...Budak paling suka ketawa..=)

 Syafiqah: Kawan baik masa sekolah agama.rumah dia lah selalu dituju..walaupun gaduh.datang jugak rumah dia..tapi tak bercakap apa, sekadar datang, pergi..hahahaha..ingat tak? Kita mesti singgah kedai cina cp3 beli keropok, kadang2 beli ikan kecik bawak pergi sekolah agama, Sebelum pergi sekolah agama, mesti awak call tanya "effy,kau bawak bekal apa??"..kan?? lepastu makan sama-sama dekat belakang surau..Kecik-kecik pun..uiii...kaki pembuli..Ikut ketua..hehehehe..Orang semua dah masuk kelas, kita main..kita pijak lantai surau guna kasut, ustaz faizul nampak, dia marah dan suruh bersihkan.Mangsa buli...anis adibah lah..sian dia..kita selalu tarik tudung dia..ambil pensel baru dia...bila dia mintak, kita kata, tak boleh,..dia nangis baru kita rasa bersalah, kita bagi balik dekat dia..kan?? hehehe..lepas dari sekolah menengah,kita kurang rapat sampailah kita jumpa balik,satu UiTM, satu rumah sewa + satu bilik lagi..Dekat rumah sewa, kadang2.imbas balik zaman sekolah.lepastu tergelak-gelak.Paling ingat, awak kene gigit buku depan kelas sebab apa ntah.air mata awak meleleh-leleh masa tu dengan mulut penuh buku..



Atheena: Ni pun kawan kita jugak,selalu datang rumah dia, masa dapat basikal sebab nak pergi sekolah sama-sama, Satu peristiwa tu lah, kita datang, ada anjing dekat, orang kata, buat bodoh je.nanti anjing tu pergi..jangan takut...Kita pun buat slumber je, sampaikan dia nak dekat, kita malu takut awak nampak.Kita jerit..Tolonggggggg!!!!....anjing tu memang kene sumpah seranah sebab kejar..Dalam perjalanan tu, berdoa ni, ya allah, mintak2 lah dia tak nampak kejadian tadi..Bila sampai je sekolah, dia, maryani dengan sabrina ketawa macam nak hilang nafas..hahahaha..Ingat tak baju kita koyak dekat siku..Lepastu tak jumpa sampailah kita satu kerja dekat Memory Lane, JJ. Jumpa balik masa tu, kerja sama-sama..



Ustazah Julia: Ustazah yang paling lembut masa dekat sekolah agama, dia suka suruh hafal ayat al-quran, kalau tak dapat hah! jalan itik buat satu pusingan. Paling ingat, masa amali solat subuh, bentang sejadah, baca bacaan solat kuat2 depan dia..Ingat tak, akak ada bagi efy frame dengan gambar..Lepas tu gambar kahwin 2 keping..ada lagi efy simpan.Sekarang ni dah ada 3 orang anak dah,semua comel-comel ikut muka ibu dia.  Lama tak jumpa, last jumpa masa akak datang rumah efy masa kenduri kahwin kakak..lepastu, cuma berhubung dekat handphone je..tu pun jarang sangat.yelah, masing-masing bz..Dulu, masa pindah, ingat lagi setiap tahun ,waktu raya mesti dapat surat dari terengganu.berbalas-balas surat kan..=)


(Rindunyerrrr.....zaman sekolah agama dulu....)
p/s: sory main ambil gambar random dekat fb korang..


1 comment:

  1. Kisah post awak paling panjang setakat ini.=)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails