Friday, September 7, 2012

Kg.Gajah Mati...


Selamat Datang ke Kampung Gajah Mati...
Namanya agak horror the movie sikit...ntah lah..
sepanjang 22 tahun hidup ni...masih tak tau kenapa
namanya gajah mati..agaknya masa zaman penjajah dulu
diorang guna gajah kot. bila perang gajah banyak mati
kene tembak mungkin..hehehehe..ye lah kot kan...



Masuk ke simpang.dan menyusuri jalan yang penuh berliku dengan
 onak dan duri..rindu pulak nak balik kampung..ni masa raya haritu singgah
sekejap tengok keadaan kampung yang dah bertahun-tahun ditinggalkan



Time berselisih dengan kereta...uuu..manyak susah woo..
jalan hanya muat satu kereta saja maaa..mana mau pigiii




Ok, dah nak sampai dah pun...


Inilah dia...kampung yang dah lama ditinggalkan..
kalau malam menjelma..boleh panggil seekers buat liputan..
hehehe..kiri kanan rumah tak ada orang duduk..sunyiiii


 Satu ketika dulu, tempat bermain, menari, berehat...
siap boleh landing2 bawah pokok rambutan lagi..agak lapar,
petik je buah rambutan..sekarang hah! nak tidur apanya..lipan,
ular menyorok tak nampak.mau satu badan kene kutu babi.
dah kene.susah,liat nak tanggalkan tu..



 Nak masukkan kereta pun picul-picul je...muat dengan pintu pagar
eh cakap picul-picul tu paham ke? hehehe..maksudnya sipi-sipi ler.


Bercekak pinggang ayah tengok keadaan rumah yang semak samun
dengan rumput-rumput berduri yang melingkar..


 Ibu meninjau keadaan sekeliling...


Pagar nya pun dah uzur sangat dah...bengkok dah..
Apalah yang akan jadi kepada kampung ini dalam masa
5 tahun yang akan datang...tunggu je la...


1 comment:

  1. emmmm....kat belah mana rumah tu ye?rasa2 cam penah nampak p tak perasan kat mana?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails