Wednesday, May 1, 2013

Semak Samun Tempat Jin Ber"reunion"


Di suatu ketika dahulu, bangun saja dari tidur, kesejukan menggigil-gigil hingga ke tulang sum sum. Al-  maklumlah, rumah papan beratapkan zink, dimana ada sedikit ruang2 kosong untuk nyamuk ziarah terutamanya pada waktu senja mencari darah manusia untuk santapannya. Dahulu juga, masih segar di dalam ingatan bunyi2 cakaran penyapu ke daun-daun kering dan kerangupan daun-daun kering ketika dimakan api. Bunyi yang amat dirindui sehingga kini.. Dan kini..kenangan hanya tinggal kenangan.. Kampung yang suatu ketika dahulu sangat terjaga, tiada daun berduri yang berlingkar2 ..sedap dipandang mata kini berubah sekelip mata..

Kini..boleh diibarat kan sebagai tempat jin bekumpul beramai2..Rasanya lebih 5 tahun rumah ditinggalkan begitu sahaja..Kalau cuaca tak menentu..hujan..makin cepat lah proses tumbuh-tumbuhan membesar. Agaknya memang penuh dengan entiti dalam rumah tu dari anaknya hinggalah ke moyang..Siapa je lah yang berani nak menetap di sini lagi..



 Pintu pagar pun menunggu masa untuk rebah ke bumi


 Pondok tempat bermain, berjoget, suatu ketika dahulu





 Lalu kawasan ni, tak sah kalau tak sebut Auch..Adoii..
Daun berduri melingkar2 hingga ke tangga..Nak jalan
memang kene pakai kasut getah yang selalu orang muat
masuk dalam sawah padi 



Hujung sana tu latandas..Memang di luar..ha kalau malam tu
nak membuang, pandai-pandai lah nak hidup..kalau tak mau pun,
korek tanah dan timbus balik ler..hehehehe


 Rasa macam duduk ditepi tangga, bawah dikelilingi kolam 
yang dipenuhi bunga teratai...kan kan kan..


 Orang pertama nak melangkah masuk..


Bismillah..


Papan dah tersangat reput..yang kurus-kurus je yang boleh lalu
kalau tak..alamat roboh terus..


 Ruang dalam rumah



Atap pun tak nampak dah sebab pokok lagi tinggi







 Dan operasi menebang membakar membersih menyangkul 
mencabut membuang bermula




Sedap sikit mata memandang..





 Sempat ayam ni bertelur bawah tangga rumah




Selesai semua aktiviti, pulang ke Cheras..Tak kan nak tidur 
kat tempat reunion entiti ni..uu...tak sanggup den do.. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails