Monday, August 19, 2013

Doodles Flowers =)




Sekarang ni asal malam je, berdoodling,
bila berdoodling je mesti malam,bukan pagi,
tengahari,petang. Agaknya mungkin seronok buat
dalam keadaan sunyi sepi,keseorangan bersandar di tepi dinding,
melunjur kedua belah kaki, merapatkan meja ke badan,
kedua belah tangan di atas meja dan sambil bertemankan
lagu-lagu slow..damai....hehehe

So, Jom kita berdoodle..


 Mulakan dengan melakar gambar bunga, kelopak bunga,
daun, dan batang pokok bunga..Dengan pensel,bukan
pen,bukan marker, bukan bukan bukan...pensel ok.
kang salah senang boleh padam.


Dah yakin ,barulah guna pen yang muncung tajam..
Ikut sebijik-sebijik apa yang pensel tadi buat. 


Hah..ni lah pen yang dah ketandusan dakwat ni.
dah boleh campak dalam tong sampah tepi almari
sebelah pintu, berhadapan dengan katil dan membelakangi
 dinding..hehe dah boleh bayang tak di mana kedudukannya?
*gelapkan bunga punya anak yang tengah-tengah tu..


Sejurus itu, setiap kelopak,bahagikan bahagian
untuk kesenangan dalam membuat apa-apa corak pun
 ikutbahagian yang dah dibahagikan..


Seperti ini...


Penuh kan semuanya ..Sekarang tinggal 3 helai daun..
lepastu...SIAP


Dah siap..see, senang je kan..tak perlu nak
berkerut -kerut dahi tu sampai nak bersambung 
bulu kening kiri dan kanan..hehehe

Zoom In sikit....

*****************************


 Elliot Eisner pernah berkata,
" Art is literacy of the heart "



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails