Tuesday, August 20, 2013

Doodle > Whatsapp > Kawan > Beraya > Nyamuk


Sedang sibuk melukis gambar bawah ini, lebih kurang jam 12 pagi, mesej whatsapp masuk, Syafiqah kawan sekolah rendah, kawan sekolah agama yang dulu pergi sekolah bawak basikal sama-sama, bawak bekal berkaitan..contohnya, sorang sorang bawak roti, sorang bawak milo, sorang bawak nasi, sorang bawak lauk..sorang bawak air panas, sorang bawak horlicks.hah begitu lah, lepastu sambung lagi kawan sekolah menengah, lepastu berpisah sekejap lepastu sambung balik jadi kawan ijazah dekat UiTM Puncak Alam, duduk rumah sewa sama-sama,sebilik sama-sama, senang cerita semuanya sama-sama dia..Hendak dijadikan cerita....



ber"whatsapp"an dengan dia sampai siap lukisan ini..hehehe


Dia kata nak datang rumah, lama jugak tak jumpa dia..dah..
dah..erm..8  bulan lah kot..

Lepas zohor tadi..dalam jam 2 lebih, dia pun sampai sekali dengan Amni dan Ayu.. Amni pun kawan sekolah rendah, last jumpa dia masa tingkatan 4 rasanya. Sorang lagi tu housemate juga dekat Apartment Permata, Puncak Alam. Mula-mula alahai pemalunya diorang,mungkin kekok dah lama tak jumpa. bila dah lama sikit, bukan main tak betul, gelak terbahak-bahak sampai terpegang-pegang perut, menunduk-nunduk ketawa, terkeluar-keluar air liur. Entah apa yang lawak pun entahlah..Sembang punya sembang, dah jam 5. Masak pun belum lagi..So sempat lah juga menyimpan memori di dalam handphone..




Effy Syazwani
                                               *Siti Nur Idayu, Nur Syafiqah dan Amni Zahidah*










**********************************************************

Sekarang ini, waktu dan saat ini, padanlah gatal-gatal, rupanya tingkap tak tutup. Nyamuk pun serbu masuk.
Habis taip ni, dah tekad tutup pintu rapat-rapat, tutup tingkap ketat-ketat, sembur shieltox tu setiap sudut,penjuru,biar habis semuanya. Siapa suruh gigit tak minta izin. Nasib baik shieltox tu wangi bau manis gula-gula.


Malam ni tak ada mood nak mendoodle, biarlah bagi tangan ni berehat pulak..
Esok sambung berdoodling lagi.. =)



                                                                                                             Sekian,
                                                                                                Effy Syazwani



Monday, August 19, 2013

Atas putih bawah hijau.



Kuih talam..sedap sedap sedap..
makan panas-panas begitu enak sekali..
sehingga menjilat jari.. =)



Gigitan pertama..terjatuh-jatuh melimpah ruah
santannya ke tangan..hehehe
tu je nak cakap sebenarnya.
hehehe..masa untuk merehatkan tangan.
asyik melukis je lepastu menaip...
kesian tangan..dia pun nak berehat.



Annabelle the conjuring???


Petang hari sabtu, tetiba rasa macam tangan gian
nak pegang pensel, so main lakar- lakar dulu.
tak fikir nak buat apa..


samar-samar je sebab lakar guna HB


lepastu gatal-gatal tambah mata hidung mulut..


penuhkan kelopak bunga tu sampai penuh..


seperti ini..dah nak siap dah...
sikit je lagi...tapi tergendala...stop berbuka dulu..


*********************************
lepas magrib baru sambung..hah, nampak tak..
bezanya pengcahayaan..tadi petang tak bukak lampu.
ini malam bukak lampu ma bagi terang itu cahaya..


lukisan tadi petang...sambung sampai jadi..
TADAAAA....



Sekali tengok macam ok, dua kali tengok macam menakutkan,
tiga kali tengok terus tutup buku tak bukak-bukak gambar ni.
tapi ni sekarang saat ini, waktu ini..kira dah empat kali tengok.

bila berkali-kali tengok...macam...macam...
macam...

"PATUNG ANNABELLE"

Cerita conjuring tu, ala yang scary-scary tu..
yang bila tengok kecik kecikkan mata tu..
kisah benar tu..patung ni lah patung yang sebenar 
ada iras sikit-sikit dengan gambar tadi..huhuhu


DANGER!! DO NOT TOUCH ANYTHING..
aishhh..bukan setakat sentuh..masuk bilik ni
pun tak mahu..inikan sentuh, bawak keluar..



Melembutkan jari..


4.15 pagi sudah..jom update cecepat..
lukis jalan pusing-pusing macam dekat negeri sembilan
bukit putus tu..pusing ke kiri ke kanan ke tak kisah..


dah siap..masukkn je corak apa-apa..
mana tangan nak meliang lentuk..ikutkan aje..


"bulat kecik bulat kecik, bulat besar..
bulat lagi bulat lagi..bulat besar..
mama, papa naik perahu, mama lagi
papa lagi naik perahu.."..hehehe
agaknya sebab lagu kanak-kanak kot
yang buat semua lukisan ada corak bulat.


Dah hampir siap dah...jom zoom in.


John W.Gardner pernah mengatakan
" Life is the art of drawing without eraser"



Doodle..AGAIN??



Practice make perfect,
To be perfect, lets practice..
So, ambil pensel HB sebatang, pemadam,
pen hitam dakwat basah 4 jenis, dan sketch book..



Dah lakar sebenarnya ni...tapi sebab guna pensel HB,
 tu yang terus tak nampak..nampak kosong je ..


Hah, tu dah siap...huruf alif tu.. jom zoom in..


Nampak je macam detail,tapi tak pun..
buat je macamana corak pun, janji tak
keluar dari garisan awal guna HB tu..
Jom zoom in lagi...


lingkar-lingkar, bulat-bulat, bentuk daun,
bunga, segi tiga semua keluar..

  
Dah 70% siap dah..sikit je lagi..


Dah nampak dah perkataannya..tak complete lagi..
baru 90%..sikit lagi...


Tadaaaa..dah siap..tp 98% baru...
yang tinggal 2 peratus lagi...
pemadam jalankan tugas..

* Zoom in *




Padam garisan-garisan dari pensel HB tu...Dan
selepas satu jam lebih sikit dalam satu jam 6 minit gitu..

Terhasil lah:


M.I.S.S.I.O.N  A.C.C.O.M.P.L.I.S.H.E.D
"I will be an artist or nothing"
bak kata Eugene O'Neill


Doodles Flowers =)




Sekarang ni asal malam je, berdoodling,
bila berdoodling je mesti malam,bukan pagi,
tengahari,petang. Agaknya mungkin seronok buat
dalam keadaan sunyi sepi,keseorangan bersandar di tepi dinding,
melunjur kedua belah kaki, merapatkan meja ke badan,
kedua belah tangan di atas meja dan sambil bertemankan
lagu-lagu slow..damai....hehehe

So, Jom kita berdoodle..


 Mulakan dengan melakar gambar bunga, kelopak bunga,
daun, dan batang pokok bunga..Dengan pensel,bukan
pen,bukan marker, bukan bukan bukan...pensel ok.
kang salah senang boleh padam.


Dah yakin ,barulah guna pen yang muncung tajam..
Ikut sebijik-sebijik apa yang pensel tadi buat. 


Hah..ni lah pen yang dah ketandusan dakwat ni.
dah boleh campak dalam tong sampah tepi almari
sebelah pintu, berhadapan dengan katil dan membelakangi
 dinding..hehe dah boleh bayang tak di mana kedudukannya?
*gelapkan bunga punya anak yang tengah-tengah tu..


Sejurus itu, setiap kelopak,bahagikan bahagian
untuk kesenangan dalam membuat apa-apa corak pun
 ikutbahagian yang dah dibahagikan..


Seperti ini...


Penuh kan semuanya ..Sekarang tinggal 3 helai daun..
lepastu...SIAP


Dah siap..see, senang je kan..tak perlu nak
berkerut -kerut dahi tu sampai nak bersambung 
bulu kening kiri dan kanan..hehehe

Zoom In sikit....

*****************************


 Elliot Eisner pernah berkata,
" Art is literacy of the heart "



Friday, August 16, 2013

Paisley pattern =)



*Simple paisley pattern*


Corak titisan air..ke kiri ke kanan..ke bawah ke atas
Tak kisah do..buat je lah macamana sekalipun..


Tebalkan line hitam kekelilingnya..
Ketandusan ink hitam...kene pergi popular
Cari pen hitam banyak-banyak lepas ni..


Pen badan kelabu kepala hitam tu best guna..
Ink dia mengembang.artline tu pun best..tajam..
Jadi halus tajam..bila tangan melakar lukisan..


Ada yang senget benget sebab dah tersengguk-sengguk , menguap-nguap
sambil menggosok-gosok mata..tapi tetap nak habiskan juga.
Dan akhirnya..terjadilah sehelai lukisan ini. =D

Thursday, August 15, 2013

Babai UiTM Puncak Alam


* 3 August 2013 *

Officially graduate in Bachelor in Human Resources.
Sem terakhir walaupun 2 subject, tp separa gila kerana thesis,
malam-malam bersengkang mata nak godek SPSS,ubah itu ini 
sampaikan PANDA ingat diriku  ini adik beradiknya.hehehe



 Final assignment, Lepas ni tak ada dah nak buat assignment,
 tak ada dah minum kopi malam-malam untuk membuntangkan mata, 
tak ada dah present depan lecturer, tak ada dah nak takut-takut bila 
final exam menjelma.. TAK ADA DAH..Horey horey..


Setahun setengah di Puncak Alam, sudah sampai masanya
untuk mengucapkan babai UiTM Puncak Alam. Tempat yang menjulur
lidah sebab jem dari Cheras ke PA atau PA ke Cheras..


Boleh tercabut urat lutut, urat keting naik tangga ni..
mencungap-cungap,termengah-mengah, berpeluh-peluh..
Sepanjang setahun setengah, 2x je pernah mengharungi
tangga yang macam dekat Batu Caves tu..
Baik naik bas, seringgit punseringgit lah.
.tak sanggup den do nak berhenti setiap
 10 langkah tercungap-cungap.


UiTM Puncak Alam~ BABAI




Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails