Friday, August 22, 2014

Exam PTD dekat dah !!!

Bulan September 2014 ni exam PTD yer kawan-kawan ..Siapa yang apply tu dah boleh dah selak-selak buku, baca main-main dulu sementara ada masa lagi sebulan lebih.. Eh kejap sekarang 22 Ogos 2014.. Oiii tak sampai sebulan pun rupanya..Ok, jangan main-main. Dah boleh mula serius dengan buku Malaysia Kita. Tapi, tu lah anak-anak muda zaman sekarang ni seminggu nak exam baru bukak buku. Tak pun esoknya exam baru berhempas pulas tak tidur malam. He he he. Macam kene sangat dekat diri sendiri. Tapi betul lah, lagi afdhal baca last minute sebab masa tu lah semua yang dibaca masuk dalam kepala tersemat erat dalam otak. Kan Kan Kan???




Sesiapa yang apply jawatan PTD tu boleh lah cek nama dekat laman web SPA samada melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan ataupun tidak. Lepas dah cek tu apa lagi..Nak exam kan. Buat lah nota, selak lah buku. Kalau pandang je buku tu x masuk dalam kepala der isi-isinya. Cakap orang je lebih diri sendiri pun tak mula lagi. Ish ish ish, bukan apa. Bila nak mula study je kejap-kejap call masuk, kejap-kejap bos panggil. So apa boleh buat. Tak kan nak cakap, " Bos jangan lah kacau saya..saya nak exam ni " .Ish idok boleh gitu dong. Nampakkkkk..Kukuh dan konkritnya alasan tu






 Hari ni bos cuti, jadi bolehlah baca sikit-sikit. insap oiii insap. 
Ingat soalan kacang ke? Susah sangat kene tau semuanya dari A-Z
Dari hal kecik ke hal besar.semuanya kene tahu..


Buku Malaysia Kita ni lah buku berhantu.Sebab apa?
Sebab bila bukak je automatik mengantuk tersengguk-sengguk.
Baru baca seperenggan ayat ni, dah menguap macam burung flamingo
Macam ada magik gitu dalam buku tu..He he He he he
Apa-apa pun Good Luck bagi yang ambil exam PTD tak lama lagi !



Love, 
Effy Syazwani
\


2 comments:

  1. ohoi effy...sihat?lma dah ko tak update blog..
    nak tanya, kau beli kat mana buku panduan tu?
    ~niena ninot~

    ReplyDelete
  2. niena..sihat alhamdulillah.aah wei bz sikit...ni pun baru bukak..eh aku x beli pun e book tu nina..buku malaysia kita pun cari kat library

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails