Monday, September 29, 2014

Exam Ulangan Penguasa Kastam


Ok, disebabkan kekecewaan exam online sabtu lepas di entri INI , makanya SPA bagi peluang lagi untuk jawab exam ulangan penguasa kastam hari rabu, selang 3 hari cerita entri lepas. So buat hari rabu 8 malam. Mulalah terfikir.." ala,macamana ni.hari kerja pulak..nak ke angah ija ayah datang. Kalau hari minggu tak pe jugak. Ni hari biasa, penat2 balik kerja nak ke dorang datang eh?? Puas jugak berfikir ayat apa nak guna ni.. Mulalah mesej dengan ayat-ayat kesian.. Dan akhirnya semua pun datang. He he he. Acih eh. Acih angat-angat ar. Kiss sikit =)


Sempat suruh dorang teman punch card. Lupa sudah.
Al maklum busy dengan membaca. Terus naik tempat ibu 
menonong je.  Lepastu baru teringat tak punch card lagi.



Tenkiu yer datang.Ada jugak orang nak tolong google jawapan
Ini pun sangat suwit sekali. Bekorban demi ADIK tercinta.


Sian ibu letih yer. Penat sangat mukanya.
Menunggu exam sampai nak dekat jam 12 
baru balik rumah. Esoknya kerja pulak.


Orang-orang yang tersangat lah penting ..
Ingat lagi soalan first mula, kelam kelibut oii
apa jawapannya ni. Leter masing-masing bagi jawapan


Ija siap bawak bekalan banyak gila.
gaya dah macam nak berkelah bawah pokok depan lautan
Tapi ni depan PC ija oii, sambil jawab soalan pulok. 


Ok nak mula ni. Jam nak dekat kul 8. Ready ready



Sesi menjawab pun bermula..Sambil jawab sambil mengunyah
Satu pinggan share 5 orang. Itu sangat suwit sekali.
Tak lama habislah exam. 11 lebih dah habis.
Mata masing-masing dah luyu. Ala, sian yer



***********************************************



2 hari lepas tu keputusan keluar. Itu pun sangat cepat. Semakan boleh dibuat di portal SPA. Esoknya tu cuti. Tengah tidur ni tiba-tiba mesej masuk. Dari : Ibu, Tahniah lulus exam penguasa kastam w41..Oii, buntang mata terus, awat cepat nar kuar result ni. Whatsapp group family pun masuk berbunyi2 berduyun2, amboi ibu, cepat betul berita tersebar. So, bukak portal check sendiri. Masuk no ic, TAHNIAH ANDA BERJAYA. ANDA AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA PADA TARIKH YANG AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN. Alhamdulillah.

Terima kasih pada yang membantu menjayakan semua ini
.Ini pun sangat terharu. Rasa nak kiss kuat-kuat.hehehe. 



Love,
Effy Syazwani


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails