Monday, September 29, 2014

Exam Ulangan Penguasa Kastam


Ok, disebabkan kekecewaan exam online sabtu lepas di entri INI , makanya SPA bagi peluang lagi untuk jawab exam ulangan penguasa kastam hari rabu, selang 3 hari cerita entri lepas. So buat hari rabu 8 malam. Mulalah terfikir.." ala,macamana ni.hari kerja pulak..nak ke angah ija ayah datang. Kalau hari minggu tak pe jugak. Ni hari biasa, penat2 balik kerja nak ke dorang datang eh?? Puas jugak berfikir ayat apa nak guna ni.. Mulalah mesej dengan ayat-ayat kesian.. Dan akhirnya semua pun datang. He he he. Acih eh. Acih angat-angat ar. Kiss sikit =)


Sempat suruh dorang teman punch card. Lupa sudah.
Al maklum busy dengan membaca. Terus naik tempat ibu 
menonong je.  Lepastu baru teringat tak punch card lagi.



Tenkiu yer datang.Ada jugak orang nak tolong google jawapan
Ini pun sangat suwit sekali. Bekorban demi ADIK tercinta.


Sian ibu letih yer. Penat sangat mukanya.
Menunggu exam sampai nak dekat jam 12 
baru balik rumah. Esoknya kerja pulak.


Orang-orang yang tersangat lah penting ..
Ingat lagi soalan first mula, kelam kelibut oii
apa jawapannya ni. Leter masing-masing bagi jawapan


Ija siap bawak bekalan banyak gila.
gaya dah macam nak berkelah bawah pokok depan lautan
Tapi ni depan PC ija oii, sambil jawab soalan pulok. 


Ok nak mula ni. Jam nak dekat kul 8. Ready ready



Sesi menjawab pun bermula..Sambil jawab sambil mengunyah
Satu pinggan share 5 orang. Itu sangat suwit sekali.
Tak lama habislah exam. 11 lebih dah habis.
Mata masing-masing dah luyu. Ala, sian yer



***********************************************



2 hari lepas tu keputusan keluar. Itu pun sangat cepat. Semakan boleh dibuat di portal SPA. Esoknya tu cuti. Tengah tidur ni tiba-tiba mesej masuk. Dari : Ibu, Tahniah lulus exam penguasa kastam w41..Oii, buntang mata terus, awat cepat nar kuar result ni. Whatsapp group family pun masuk berbunyi2 berduyun2, amboi ibu, cepat betul berita tersebar. So, bukak portal check sendiri. Masuk no ic, TAHNIAH ANDA BERJAYA. ANDA AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA PADA TARIKH YANG AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN. Alhamdulillah.

Terima kasih pada yang membantu menjayakan semua ini
.Ini pun sangat terharu. Rasa nak kiss kuat-kuat.hehehe. 



Love,
Effy Syazwani


Thursday, September 25, 2014

Rindu si kecik AUFRYAN


Tadi pagi tengah whatsapp family group..Uuu.tak lama lagi Auf nak dapat adik lah. Lepas ni adalah geng dia nak main robot.main car semua.. Macam BOYYYY aje...Takpe, takpe petang ni tunggu scan 4d dulu...tengok jantina..Ini pun sangat tidak sabar nak tengok gambar 4d. Adik Auf nanti due 12.12.14. Auf due dulu 11.11.11.. Wah!! Cantiknyaaa nombor..





Yang penting sekali, minggu ni boleh jumpa auf.
Ini pun rindu sangat. Rasa nak kiss tak lepas..


Auf dengan kereta mainan dia. Kalau datang sana
mesti dia tarik tangan kita sambil cakap
kakak kakak, bilik Auf kete..hehehehe



Ini pun sangat cantik sekali..


Aufryan tengah makan nasi impit nenek dia masak
Tapi kadang2 slumber jer panggil KAK RUSSS..hahaha
Muda bena nenek kau auf.. Ada panggil nenek kakak
atuk panggil pakcik..Eh bukan pakcik tapi pokcik


Ini pun baru bangun tidur..




Auf, buat peace cepat..terbelek-belek dia dengan jari dia..
Sampai 3 4 jari keluar..hehehehe



Rebonding mana rambut ni...Rasa nak pinjam
Itu pun macam cendawan sangat...



Ini pun macam dah bujang sangat ni..Rock oo !!!







Makan nasi lemak kosong takde kacang takde timun
takde ikan bilis tak ada sambal..Itu pun betul2 kosong


Auf, jangan comel sangat boleh tak!!
Ini sangat comel tau..Jumpa sabtu ni...


Love,
Effy Syazwani

Wednesday, September 24, 2014

Exam online Penguasa Kastam (6 September 2014)


Exam Exam Exam.. SPA hantar email suruh menduduki exam online 6 September 2014 (sabtu). Khamis pagi tu dah  whatsapp group family buat muka sedih suruh semua ikut amik exam dekat office. Ada diorang dapat lah tolong sikit-sikit kan.Tak lah rasa macam berdua je dengan ibu nanti. Ala, bab pujuk memujuk ni NOMBOR 1, senang je...buat lah ayat sedih sedih sikit. Confirm 100 % semua pun akan rasa kesian. He he he. Itu pun taktik yang selalu digunakan. suwit sangat


Jam 7 dah gerak dari rumah.Semangat punya paal nak amik exam jam 9 ni..
Sampai pun 7.30.Awal oiii..Apa nak buat ni..Nak study lagi memang tak la..
Perasaan malas tu dah menular..So semua siap sedia dengan hp masing2.
Google ok !!! bukan facebook, instagram, wechat, youtube bagai..
Buat dekat tempat ibu.Konon-konon line ok lah laju sebab dekat SPA..tapi...


Ok dah nak mula ni..siap sedia..nak jam 9 dah..


Tapi, sampai ke sudah hang..section A pun tak dapat masuk langsung.
Ada 57 server. yang boleh masuk 1-40 je..ni yang server 52 ni apa cerita 
Tercongok depan PC sampai 11 lebih tak berkelip mata. sabar sabar
Adalah hikmahnya tu..suruh study lagi ke..siapa tahu?


Masing2 dah ambil tempat untuk tolong jawab exam.
Bila dah jam 12.tetap tak dapat..buat aduan dekat SPA
untuk ambil exam ulangan nanti..So datang suka-suka je..hehe


Dari duduk depan PC, sempat panjat tingkap nak keluar balkoni.
Sesaja tak ada kerja. Layan kan aje sementara tunggu ibu kemas



Orang-orang kuat.tulang belakang ni. Kalau tak ada tulang belakang.
Mau longlai jawab soalan sendiri.hehehe. Tenkiu Tenkiu. Kiss sikit


 Tension je menunggu sampai nak cecah jam 12



Ibu..Lapar..Moh lah kita ke Taman Warisan.
Nasi ayam dia gila sedap ok. Hari-hari makan pun tak apa







Penat dah nak letak caption..Ok nak sambung buat kerja.
Jumpa di entry seterusnya. Exam ulangan penguasa kastam 




Love,
Effy Syazwani


7 September 2014


7 September 2014 (ahad) plan nak ke rumah kakak. Dia baru pindah, tapi tak pernah lagi datang rumah dia. Jam 6 lebih gerak . Nasib baik ada waze, tak lah meraba sangat mencari jalan ke taman sinaran ukay tu.  Tak lah jauh mana. Kalau jauh tu sebab jem kat cheras tu hah. Sampai pun sebelum maghrib. Aish.. Ini pun sangat tidak sabar mahu jumpa aufryan !!! 



Aufryan dengan kereta-keretanya Tapi sekarang minat robot pulak.
Ini pun sangat suwit sekali lah auf, Rasa nak kiss tak lepas lepas


 Melayan Aufryan main kereta dalam bilik mainan dia
Dia siap tarik tangan kita" kakak, kakak jom bilik auf kete"
Hahahaha.muda sangat panggil kakak.. Jom lah kita




Hah, kan dah kene kiss. Siapa suruh suwit sangat.
Padan muka kan dah kene..hehehe 


" Kakak, Jooommm mandi kuuulammm"
Ini pun sangat seronok mandi kulam tak ramai orang


Kongka kulaammm sorang-sorang.. 
Mandi sampai kecut jari tangan dengan  kaki


Ok, dah jom naik.


Ini pun bila besar boleh jadi JPJ ni. Berderet kereta kecik-kecik
Jadi Pilot lah ok. Nanti boleh bawak makcik2 ni hah melancong. hehehe 











Love,
Effy Syazwani


Related Posts with Thumbnails

Pages

..

Related Posts with Thumbnails